Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Sabtu, 14 Ogos 2010

Berikan ku jawapan 11



Kenny duduk di sebelah Pak Mail yang duduk menjulur kakinya. Sesekali Pak Mail mengurut kakinya yang dimakan usia itu.

" Sedap makan hari ini? " Pak Mail memulakan perbualan memandangkan Kenny seakan kekok dengan suasana yang senyap sahaja begini.

"Sedap pakcik." Sahut Kenny sambil mengangkat ibu jarinya membuat tanda bagus. Pak Mail ketawa dengan kelakuan Kenny itu.

"Sedap dari kat KL tu ke?hehe... masakan kampung saje"

Kenny membisu, tetapi di dalam hatinya mengiyakan kata Pak Mail tu. Masakan isteri Pak Mail memang sedap! Walaupun ini pertama kali dia makan masakan kampung, tapi jauh di sudut hatinya, dia memang suka masakan yang dihasilkan dari air tangan seseorang terutama dari orang yang kita sayangi. Berbanding dirinya yang langsung tidak pernah mengenali masakan ibunya sendiri kerana sejak kecil, dia sudah dihidangkan dengan masakan chef yang bekerja di rumahnya. Cemburu Kenny memikirkan betapa bertuahnya Pak Mail dapat makan masakan sebegini setiap hari.

Baginya, masakan, orang dan suasana di sini, segalanya begitu mesra dan tidak hipokrit seperti di Kuala Lumpur itu, jauh berbeza dengan kehidupan mewahnya di Kuala Lumpur.



" Kenny, nama sebenar kamu apa?"
"er..." Kenny serba salah hendak menjawab soalan Pak Mail itu.

Inilah kali pertama dia ditanya soalan seperti tu. Memiliki wajah kacukan mat salleh, Kenny merupakan panggilannya dari kecil dan tidak sesiapa pernah ambil peduli dengan nama sebenarnya. Malahan, dia sendiri tak pernah kisah dengan semua itu dan lebih selesa dengan panggilan Kenny.

" Khairul Khaizat Kent." katanya perlahan. Kent merupakan nama yang dipilih oleh nenek sebelah ayahnya. Untuk tidak menghampakan keluarga belah ayahnya yang ingin mengekalkan keturunan inggerisnya itu, ibunya meletakkan juga nama itu, walaupun agak janggal bunyinya.

" Khairul... hmm... nama yang bagus!" kata pak Mail menepuk belakang Kenny dengan mesra. Kenny sengih, lain rasanya apabila dipanggil Khairul.

Mereka berdua kembali senyap sambil menikmati suasana senja..

"Sini, memang dah kurang anak muda. Semuanya dah pergi bandar, diingatkan balik zaman pakcik muda-muda dulu, tempat ini meriah!. Malam-malam budak-budaknya pergi mengaji, riuh sana sini.Boleh dikatakan semua budak-budak di kampung ini pakcik kenal. Mamat, Kamal, Mariam...." tiba-tiba Pak Mail mengungkit cerita lama. Ceritanya berlanjutan sampai Kenny rasa macam diceritakan 'bed time stories' semasa zaman kecilnya. Dia menguap.

" Kamu bosan dengar cerita pakcik?."
"Eh, takdele.." sengih Kenny berdalih.
"Neal, dia macam mana sekarang ini?" tanya Pak Mail. Kenny pelik dengan soalan Pak Mail itu. Macam mana sekarang? Apa maksudnya?

" Macam tu ler pakcik.. Biasa jer."

Pak Mail mengeluh mendengar jawapan Kenny itu.

" Pak cik ingat dia takkan balik lagi."
"Takkan balik? Bunyi cam serius jer. Kenapa Neal tinggalkan kampung pakcik? "

Pak Mail membisu lama.

" Mestilah nak berjaya. Kat kampung nie, takde apa-apa untuk orang muda macam Neal."

Kenny hanya menggangguk tetapi disebalik kata-kata Pak Mail itu, dia rasa macam ada yang Pak Mail sembunyikan.


previous                                             next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'