"Terima kasih." kata Neal sambil tersenyum pada pekedai kedai runcit itu selepas membayar barangan dapur yang dibelinya.Dia melangkah perlahan menuju ke rumahnya.Nampaknya, sudah tiga hari dia berada di sini.
"kenapa awak? Siapa awak?apa awak bagi diri saya?..."
Siapa? Untuk pertanyaan Alisya itu, dia tidak punya jawapannya.Sebabnya, dia sendiri tidak kenal Alisya. Semuanya ini betul-betul mengelirukan. Terutama hal ini sudah berlalu 6 tahun. Satu tempoh yang panjang. 6 tahun.
" Ai." tegur Neal dengan nada yang agak pelat.
Budak perempuan bertocang yang ditegurnya itu cuma memandangnya pelik.
"Buat apa kat sini?"
"Shhh.....Jangan bitau sapa-sapa saya kat sini tau." kata Neal dan terus menyembunyikan dirinya yang kecil itu di sebalik langsir.
"Alisya?What are you doing? Continue your piano lesson!!" tegur seorang wanita cantik berbangsaInggeris sebaik sahaja melihat Alisya hanya berdiri di depan pintu bilik piano. Di sisinya, Mek Jah kelihatan meninjau-ninjau sekeliling bilik piano milik Alisya ini.
"Alisya, ada nampak budak laki tak ? tinggi ni..." kata Mek Jah sambil tangannya di angkat cuba memberi gambaran ketinggian budak yang dicarinya.
"Why?" tanya wanita cantik itu. Dari gaya pakaian dan percakapannya, Neal tahu wanita ini merupakan pemilik rumah banglo ini.
" Budak nakal curi rambutan, madam. Tadi saya nampak dia lari ke sini. Kalau saya dapat dia, siaplah!! . Dah dua kali dia buat camni, madam" adu Mek Jah tidak berpuas hati.
Rungutan Mek Jah itu membuatkan Alisya rasa lucu. Dia ketawa kecil.
" Alisya!! That's rude!!"
"Sorry, mommy."
"Alisya ada nampak?" tanya Mek Jah cuba mendapatkan kepastian, kalau-kalau anak kecil ini terlihat si 'nakal' itu.
Alisya menjeling pada langsir tempat Neal bersembunyi. Dia senyum dan mengeleng.
" Now, continue your lesson!"
Dua dewasa itu meninggalkan bilik ini tanpa mengetahui terdapat seorang lagi anak kecil di bilik ini.
Tanpa buang masa, Alisya kembali mengalunkan piano yang terhenti sebentar tadi. Ini memberi kesempatan untuk Neal keluar dari tempat persembunyiannya.
Alisya ditenungnya. Budak berusia 7 tahun tu tampak begitu comel di mata seorang budak lelaki berusia 9 tahun seperti dirinya. Tanpa tertahan lagi, dia merentap rambut tocang budak perempuan itu.
"Sakitlah!!!" marah Alisya.
Neal hanya tersengih, baginya dia tidak berbuat apa-apa kesalahan. Sebiji buah rambutan dihulurkan pada Alisya.
" Nah! awak pandai main piano. Saya bagi awak."
" Terima kasih." Balas Alisya sambil tersenyum.
Namun, tiba-tiba kedengararn bunyi tapak kasut yang semakin kuat, mendekati bilik itu. Hendak tak nak, Neal terpaksa kembali ke tempat persembunyiannya.
" Didn't I told you to continue?!!" marah wanita yang digelar mommy itu.
Teriakan itu membuatkan Alisya cepat-cepat kembali meneruskan alunan pianonya yang terhenti tadi.
Dan bagi Neal, inilah kali pertama dia mendengar melodi yang begitu lembut dan merdu, membuatkan dia rasa 'persembunyian' ini adalah yang terbaik dalam sejarah hidupnya.
Neal tersentak dari lamunan itu.
Kisah dulu ~