Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 27 Ogos 2010

Berikan ku jawapan 16


Kenny menunggunya.
Sepanjang persahabatan mereka dan sepanjang menjadi rakan serumah, inilah kali pertama Kenny menunggu dirinya.

" Hai." tegur Neal sebaik sahaja dia masuk ke rumah.
" Apsal kau tak nak tolong Alisya?"
" Apa pula dia ngadu kat kau kali ni?" balas Neal walaupun sebenarnya dia malas hendak berbincang tentang ini. 

Dia betul-betul letih. Jarak antara kedai runcit dan rumah ini agak jauh, terutama di kawasan kampung yang kurang penduduk ini, pengangkutan awam adalah terlalu sukar didapati.Terpaksalah dia menggunakan kudrat kaki yang dikurniakan allah ini untuk bergerak ke sana sini.

" Dia comel, cute, baik, kenapa kau tak nak tolong dia?"

Neal membisu. Fikirannya tertumpu pada ayat penyata Kenny - comel, cute, baik yang tidak ada kena mengena dengan kewajaran dia patut membantu perempuan itu. Neal bergerak ke dapur sambil diekori Kenny yang masih tidak mahu berputus asa memujuknya untuk tolong Alisya. Peti ais dibukanya, mencari sesuatu untuk diminum.

"Dia takde apa-apa memori pasal dirinya, masa silamnya. Kau tak kesian ker? Kalau korang ni kawan, sampai hati kau biarkan dia camtu." Kenny mula berhujah.

"Banyak lagi orang lain yang boleh tolong dia."
"Tapi, korang kan kawan? Semua orang kampung beritahu aku begitu. Tentu ada banyak benda yang boleh diceritakan."

Neal membisu.

"Sejak bila kau jadi cold –heart ni ? Selama ni kau bukan begini.Mana perginya lelaki budiman, gentleman, baik hati. Hello!! En. Neal ada di situ tidak?? Hello.."

Hujah dan perbahasan Kenny ini terus berlarutan. Neal cuma mampu menarik nafasnya sedalam-dalam yang mungkin, menahan rasa geram dengan perangai Kenny yang masih tidak faham-faham ini. Tetapi ini sememangnya perangai Kenny, seorang yang tidak reti duduk diam, tidak mudah putus asa dan selalu nak membantu orang lain.

" Sudahlah. Aku betul-betul penat. Esok sahaja kita bincangkan isu ini, okey?" pujuk Neal lembut. Senyuman yang manis dilemparkan pada Kenny, sebolehnya dia tidak mahu berbincang hal ini, untuk malam ini. 

Dia bergerak, melintasi Kenny yang kelihatan masih tidak puas hati.

" Mungkin ke ada kisah silam yang kau sendiri tidak mahu ingat? " kata Kenny menguji.

Buk!.....

Kenny betul-betul terkesima saat Neal menumbuknya. Tidak sangka kata-katanya itu menaikkan kemarahan Neal. Dia lihat pandangan Neal saat itu, ianya penuh kebencian namun dalam masa sama,  ianya begitu menyedihkan.

Darah merah yang mengalir dari bibirnya yang luka, dikesatnya perlahan.

Neal terus masuk ke bilik, meninggalkan dirinya yang masih terkejut dengan tindakan Neal itu. 

" Mungkin ke ada kisah silam yang kau sendiri tidak mahu ingat? "

Neal menyandarkan badannya pada pintu bilik yang tertutup rapat. Jantungnya berdegup kencang. Apa yang dia buat ni? Dia mengusap rambutnya keliru.

" Mungkin ke ada kisah silam yang kau sendiri tidak mahu ingat? "

Ia hanyalah satu ungkapan, tetapi kenapa dia rasa tidak selesa dengan itu?



previous                                                      next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'