Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 4 Ogos 2010

Berikan ku jawapan 2


Neal memandang langit yang membiru. Sengaja di pilihnya seat yang tidak berpayung di luar starbuck. Dia betul-betul suka melihat langit yang membiru itu, membiarkan angin menyentuh wajahnya, menghirup udara yang bebas. Walaupun, di sini Kuala Lumpur, tapi dengan berbuat demikian, dia rasa –walaupun cuma sebentar, dia rasa sangat bebas.

" "it's a habit right?"

Neal tersentak. Dia baru perasan yang Kenny memerhatikan kelakuannya dari tadi. Kenny meneguk cappucinonya, sengaja membiarkan Neal menanti. Sempat juga dia mengenyitkan matanya pada dua orang gadis yang duduk tidak jauh, sedang asyik memerhatikan mereka dari tadi. Mereka tersenyum malu.

" pandang kat langit,  usually u do that right?"

Neal senyum. Rupanya hal itu. 
" can i know why?"
Soalan Kenny tidak dijawabnya sebaliknya Neal hanya mengangkat bahunya membuat gaya tidak tahu,atau lebih kurang tidak mahu menjawabnya. 

Kenny mencebik
selalu bermisteri, Idupler dalam misteri ko tu, Mr. Misteri.  

" hey, aku tak balik lepas nie. Ko cakap ngan Mr.Chan , aku cari sumber inspirasi."
" Sumber inspirasi? Sejak bile ko pandai ponteng nie? Setahu aku, aku yang selalu ponteng..." balas Kenny.
" sesekali" jawab Neal.
Serentak mereka berdua ketawa besar.

Walaupun, mereka berdua terlalu berbeza personaliti- Kenny yang playboy dan bising memang berbeza dengan Neal yang lebih pendiam dan misteri.Hanya mereka sahaja tahu macam mana mereka boleh 'get along' macam nie.

Sejak dari sekolah menengah hingga sama-sama membina nama dalam syarikat arkitecture terkemuka di KL-mereka masih bersama. Dua orang arkitek kacak yang banyak menghasilkan 'seni' yang memukaukan.Sesiapapun mengenali mereka. Neal dan Kenny.

"Wei! Serious ke ko tak nak balik opis ni?!!" tanya Kenny biler melihat Neal betul-betul blah camtu. Neal hanya melambai dan terus beredar. Uishh... ape lah dia pikir nie?.

Kenny menoleh ke belakang saat terasa dirinya seakan diekori. Apabila melihat tiada sesiapa yang dikenalinya ataupun yang mencurigakan,  dia mengeluh, mungkin perasaan sahaja mengusiknya. 

Kenny memandang 2 gadis cantik yang diusiknya tadi.  Dia senyum lalu mendekati mereka.

"Hai, ladies"

previous                                                            next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'