Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 4 Ogos 2010

Berikan ku jawapan 3


Alisa rasa nak hentak jer kameranya tu. Cis, betul-betul tak sangka.Rupanya Neal sebegitu! Sepanjang hari dia mengekorinya, akhirnya rupa sebenar disebalik ketulusan wajahnya itu adalah sungguh tak disangkanya.Same jer ngan Kenny.

Sehari ni, tidak putus-putus Neal dikelilingi  perempuan. Masa beli baju kat Armani, salesgal kat situ terhegeh-hegeh pada Neal. Bukan sorang tapi 3 sekali gus. Dan Neal melayan jer.Siap bagi minah-minah low standard tu sentuh-sentuh tangan, badan-walaupun dia tahu diorang nak amik ukuran badan Neal untuk buat baju tetapi layanan Neal yang mesra tu,ish... mane boleh begitu.

Arghh!!! kire Neal miang jugalah!! Ish, tak, tak, Neal memang jenis macam itu,  mesra jer, dengan sesiapapun dia akan mesra. Tidak pernah lagi dia lihat Neal marah, tempik-tempik ataupun berbahasa kasar. Wajah Neal sentiasa tenang, ceria dan yang pastinya, senyuman Neal tidak pernah lekang dari wajahnya. Ini memang peribadinya.

Dia kene tenang. Perempuan itu yang mengambil kesempatan terhadap diri Neal.  Yer, betul tuh!!

Lagi satu, mamat nie tak pernah letih ker? Abis satu KL nie dia ronda. Dahler siap jalan kaki lagi. Penat Alisa ikut,  Bintang Walk, Times Square, Suria KLcc, Lowyat, uptown, downtown.. ape mamat nie robot ke? Aduh....

Alisa melabuhkan punggungnya  di bangku taman. Kaki dia rasa macam nak tercabut. Dia mengurut-ngurut kakinya yang letih tu. Dari tengahari sampai ke malam,  Uishh, memang sesiapapun akan letih kalu ikut Neal.  Ini pun entah  ke mana Neal menghilang,  tadi elok jer ada kat depan dia,  selepas tu hilang pulak-  macam biskut.



"penat tak?"
Alisa menoleh. Dia cam suara itu. 

Alisa tergamam apabila melihat Neal tiba-tiba jer berdiri di sisinya. Malahan, apabila Neal duduk di sebelahnya, Alisa hanya terdiam dan tidak mampu bertindak apa-apa. Dia buntu.

"bercermin mata hitam waktu malam,bawa kamera, hmmm.... memang suspicious.." Alisa telan air liur.

" banyak dah gambar awak amik?'' Alisa hanya mampu mengangguk...
"Puas hati?"

Alisa diam. Neal marah ker?

" saya bagi awak last chance."kata Neal lembut. Dia mendonggakkan Alisa supaya memandang tepat pada dirinya. Degupan jantung Alisa terasa semakin pantas.  Pipinya pula  hangat merah padam menahan rasa debarannnya saat ini.

" untuk melihat saya dengan jelas." Neal menghabiskan kata-katanya sambil tersenyum. Cermin mata Alisa ditanggalnya perlahan.

"selamat pulang.."Mesra sekali nada suara Neal itu membuatkan Alisa rasa sangat gembira.
 Masih Neal yang sama. Masih lelaki yang dicintainya.  Alisa terus memeluk Neal.

" I miss u..."katanya dalam kegembiraan.





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'