Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Sabtu, 7 Ogos 2010

Berikan ku jawapan 4


Neal kembali ke kondominium yang dikongsinya dengan Kenny. Perlahan-lahan dia melangkah masuk. Sunyi.Kenny nampaknya tidak balik lagi.

Lampu dibukanya dan dia terus menuju ke dapur. Sunquick yang tersedia ada dalam peti sejuknya, dituangnya ke dalam gelas dan dibawanya ke balkoni. Dia memandang langit yang dihiasi bintang.Dari tingkat 45 ini, pemandangan malam kelihatan begitu indah dan luas. Malahan bintang-bintang begitu banyak dan jelas.Dia meneguk airnya.


Tiba-tiba dia terasa pilu. Mungkin, tanpa kehadiran Kenny dan suasana yang sunyi membuatkan dia lebih emosional dari selalu. Ini membuatkan dia tersenyum sendirian. Kenapa dia rasa begitu jauh , jauh dari segalanya?

Bukan sekali dua dia rasa begini, malahan hampir setiap kali dia berseorangan. Perasaan ini mempermainkan dirinya. Letih difikirkan penyebab dia rasa begitu keseorangan.

Dia punya segalanya. Kerjaya, cinta dan persahabatan.Tetapi kenapa dia rasa begitu sunyi? Seakan ada ruang kosong yang tidak lengkap dalam dirinya ini.Tapi apakah ia?

Sekali lagi dia meneguk air ditangannya. Hatinya masih tidak puas. Apa yang tak kena? Kenapa perasaan ini melandanya? Kenapa? Kenapa sejak dulu, sejak zaman sekolah lagi, dia rasa sebegini?Begitu tak lengkap!

Kata-kata Kenny semalam betul-betul mengejutkannya.

"kau sedang berlakon.."
"ape kau melalut ni Kenny? Hari nie bersastera pula. " balas Neal sambil ketawa kecil. Lucu mendengar kata-kata Kenny itu. 
"dari tingkatan 4 sampai sekarang nie, aku betul-betul tak kenal sape diri kau sebenarnya dan tak nak tahu langsung. Tapi...."
"apa maksud kau?" tanya Neal masih tidak faham maksud kata-kata Kenny itu.
" senyuman dan ketawa kau tu bukannya sebenarnya kan? "Neal tidak membalas pertanyaanya itu.

" ia penuh dengan kekosongan." Sambung Kenny dan ayat terakhirnya itu membuatkan Neal tersentak.

Kekosongan.Betul-betul kosong ke??



Neal mengimbau kembali kehidupannya. Kerjayanya sedang meningkat naik. Dalam masa 3 tahun sahaja, dia dah diberi kepercayaan untuk mengendalikan projek-projek besar. Malahan, dia sudah memegang gelaran sebagai arkitek muda berbakat dalam anugerah arkitek sejak 3 tahun berturut-turut. Kesemua rekaannya pernah memenangi anugerah terbaik di dalam bidang ini. Sekiranya hendak diceritakan kejayaannya satu persatu , sejujurnya dia sendiripun hampir lupa akibat terlalu banyaknya,  tidak mampu terbilang.

Alisa- gadis cantik berusia 23 tahun tu yang juga merupakan tunangnya adalah seorang pelajar fotografi terbaik di Universiti Cambridge. Malahan, gadis yang manja dan cantik itu merupakan anak tunggal hasil perkahwinan Dato' Adzhar dengan Amanda James-seorang ahli korporat ternama di KL. Dia yang lincah, cantik, manja dan berbakat sentiasa mencuit hati lelaki di KL nie, sesiapapun inginkan memikat Alisa, tapi sayangnya, sekali lagi tuah di tangannya. Alisa mencintai dirinya.

Malahan, dari segi persahabatan Dia punya ramai kawan. Kenny merupakan kawan baiknya sejak sekolah.Mungkin personalitinya yang mudah mesra dan sentiasa tersenyum memudahkan pergaulannya dengan sesiapapun, mahu yang berpangkat ataupun tidak. Dia punya segalanya.

Namun,
Neal meneguk gelas di tangannya yang kini sudah kosong tanpa sedar.

Kosong.Betulkah dia kosong??
Neal masuk ke biliknya.
Entah kenapa, malam ini terasa begitu sejuk.


previous                                       next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'