Kenny betul-betul tidak faham dengan Neal. Dia ini semakin sukar difahami. Segalanya tentang Neal langsung dia tidak faham. Sahabatnya ini terlalu berahsia. Mulanya, dia tidak kisah, malahan tidak ingin ambil tahu langsung tentang Neal. Semua orang perlukan rahsia- semua orang. Itu prinsipnya selama ni.Pegangan persahabatan mereka selama ini.
" Hey, wants to be friend??"tanyanya pada seorang budak lelaki yang dari tadi hanya memandang ke luar tingkap. Budak lelaki itu memandangnya dan tersenyum. Tetapi dia tidak mengangguk mahupun mengeleng.Dia meninggalkannya.
"Pelik! budak pelik!" getus Kenny pada Johan, di waktu rehat.
"sape?"
"new student tu r... Huh!!"
" Neal??"
" Nama dia Neal ke?"
" Aah! New form 4. Misteri, tapi bagi budak perempuan, dia tu cool."
" Akupun cool jugak." balas Kenny kemudian menyiul pada beberapa budak perempuan yang melintasi mereka. Sempat dia mengeyit matanya pada salah seorang dari mereka yang menoleh padanya. Perempuan itu membuat mimik muka menyampah kemudian beredar dengan segera.
" Selalu senyum.Semua orang termasuk cikgu pun suka kat dia. Mr Nice man." kata Johan lagaknya seperti penyiasat persendirian pula.
"Nice ke... ." persoal Kenny masih tidak berpuas hati.
Waktu balik (petang)...
Kenny berlari meninggalkan kelasnya dan terus mencapai basikalnya. Baru sahaja dia beberapa meter dari pagar sekolah, dia tiba-tiba rebah dan pandangan matanya gelap.
Sebaik sahaja dia membuka matanya, dia berada di hospital. Tangan kiri dan kepalanya berbalut. Badannya rasa tidak selesa dan sakit. Selepas itu, kenyataan dia dilanggar kereta lebih mengejutkannya. Dia betul-betul tidak sangka kerana semuanya berlaku begitu pantas.
"Mujur ada budak yang sanggup derma darah pada kamu."kata Puan Aishah. Kenny memandang makciknya yang sedang menukar air dari pasu bunga yang terisi bunga lili. Bunga kegemarannya.
" Siapa?"
Kenny merebahkan tubuhnya pada hamparan rumput menghijau di taman berdekatan kondominiumnya ini. Dia masih tidak ingin pulang. Berada di sini membuatkan dirinya rasa tenang dan ingatan zaman sekolah dulu pula bermain-main di mindanya.
"Kenapa buat macam tu?"Kenapa nak tolong aku?"
Kenny memandang Neal yang masih duduk di katilnya. Wajah Neal dipenuhi luka-luka begitu juga tangannya.. Tapi, disebalik semua itu, Neal hanya memandang Kenny sambil tersenyum.
Kenapa? kenapa hendak membantu pembuli macam dia? Bukankah dia yang membelasah Neal kerana rasa tidak puas hati dan cemburu melihat Neal yang sentiasa berlagak cool dengan senyuman yang tidak lekang di wajah itu. Bukankah dia berlari keluar lepas tu kerana takut diketahui cikgu?
" Aku jer yang ada kat situ. Darah aku pula jenis yang sama dengan kau.Bagus kan?" kata Neal lembut, langsung tiada dendam dan dari detik itulah, mereka mula mengenali diri masing-masing.
Di situlah jugalah bermulanya persahabatan yang penuh dengan senyuman, usikan dan gelak ketawa. Dengan Neal, segalanya menjadi begitu mudah. Mereka saling bantu membantu dan bersaing baik dari segi pelajaran dan juga sukan. Nyata, masing-masing sama hebat. Neal yang baik hati dan Kenny yang bising. Mereka sempurna dan pelengkap antara satu sama lain.
Persahabatan mereka terlalu rapat sehinggalah sampai satu detik....
" Apa yang kau pandang?"
"Langit.."
"Kenapa?"
Neal menjawab pertanyaannya dengan senyuman.Begitulah selalunya dan Kenny sedari, kebanyakkan soalannya dijawab Neal dengan sebuah senyuman. Begitu banyak hingga Kenny mula menyedari, Neal ini masih belum dikenalinya sepenuhnya.
Dia mula memerhatikan Neal setiap hari. Dia mula ingin mendalami diri Neal, ingin menjadi sahabat yang terbaik bagi Neal.
" Lari."Neal memandang Kenny yang tiba-tiba bercakap hal itu semasa mereka belajar bersama-sama di perpustakaan.
"Berlari?"soal Neal kembali.
" Adakah kau sedang berlari dari sesuatu?"
"Apa yang kau merepek ini."Neal meneruskan pembacaanya. Malas melayan repekan Kenny.
"Hati kau sedang berlari jauhkan?. Ia semakin dingin dan kosong. " Neal masih tidak mempedulikan Kenny.
" Aku tahu kau tidak pernah luahkan perasaan kau tu betul-betul. Macam beku dan tidak lengkap. Mungkinkah hati kau sebenarnya tidak pernah ada bersama kau selama ini? " Kenny meluahkan andaiannya.
Shhhhhhhhhhhh.....
Pelajar yang lain menyuruhnya diam. Tidak tersangka rupanya dia tercakap kuat.
"tapi kau boleh kongsi dengan aku.Trust me." Kata Kenny kali ini dengan nada yang lebih perlahan.
"Kenny." Kata Neal seraya memandang Kenny. Neal menyentuh dadanya, seolah-olah di hatinya terdapat satu luka besar yang tidak terzahir di mata.
" Ia begitu sakit, perasaan ini. Tapi, aku pasti hadapinya sendiri. Percayalah. Jadi,demi persahabatan kita, tolong jangan pedulikannya.Perkara ini, biarkan ia jadi milik aku seorang." kata Neal begitu lemah kemudian mengalihkan pandangannya pada tempat lain. Pandangan mata Neal itu, Kenny tahu Neal sedang menderita.Dan semenjak saat itu jugalah Kenny sedar, terdapat satu tembok antara mereka. Terletak jauh di hati Neal dan 'tembok' ini begitu keras.
" Baiklah. Aku akan berpura-pura, tapi kau jangan benarkan aku nampak kekosongan ini lagi"
Kenny tersentak dari khayalan itu. Sudah bertahun ia berlaku.Dia dan Neal masih berkawan dan Neal masih membisukan diri, terus dengan kepura-puraanya. Semakin lama, Kenny lihat Neal semakin menderita. Di sebalik semua kejayaan dan senyumannya, Kenny tahu Neal semakin kosong.Apabila didapatinya Neal bersendirian, saat itu wajah sepi Neal semakin jelas dilihatnya. Neal tersenyum tapi hatinya....
Apa yang Neal sedang sembunyikan sehingga tak dapat dikeluarkan? Apanya? Kenapa Neal tak nak berkongsi dengannya? Sudah bertahun-tahun... kenapa?
"Kau jangan benarkan aku nampak kekosongan ini lagi.."
Kata-kata Kenny itu bukan sebagai amaran pada Neal. Ia adalah sebagai peringatan pada dirinya sendiri. Kerana Kenny takut sekiranya saat itu berlaku, dia sendiri yang akan menderita. Kecewa kerana gagal berbuat apa-apa untuk menolong sahabatnya ini.
Perlahan-lahan Kenny memejamkan matanya.Penumbuknya digengam erat, menahan geram di hatinya.
"Neal.. kau dah lupakan janji kita."