Suasana begitu tegang di antara mereka berdua. Sepanjang perkenalan mereka, tidak pernah keadaan menjadi sebegini menakutkan. Sebuah peperangan dingin tanpa suara antara Kenny dan Neal.
Kenny memandang ke luar tingkap kereta yang sedang bergerak dengan kelajuan 110. Melihat cuma pokok-pokok yang menghiasi jalan highway Utara-selatan ini, dia mengeluh bosan. Sudah hampir 3 jam perjalanan dan selama itu jugalah dia duduk diam membisu. Satu perkara yang paling dibencinya- Diam.
" Nak berhenti rehat tak?" tanya Neal tiba-tiba.
Kenny membisu sahaja. Namun dalam hatinya berbisik " Idea baik gak, rehat jap, boleh dia cuci mata skit."
Perang dingin terus berlanjutan.