Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Ahad, 1 Ogos 2010

EPILOG CINTA 11 (Tamat)



Tidak pernah sekalipun dalam dirinya akan terfikir hari ini akan berlalu sebegini.  Walaupun singkat tetapi dirasakan terlalu panjang. Seakan masa ini berhenti dan dirinya hanya termampu memandang dan menerima.

Sambil kakinya melangkah meninggalkan restaurant, dia dapat merasakan degupan jantungnya semakin perlahan, seakan tidak mahu lagi berdegup. Beginikah rasanya bila kehilangan sebuah cinta? Sakit, sejuk dan keseorangan?

Tidak terfikirpun dirinya tidak akan terdaya menerima tamparan ini. Dia menghentikan langkah,  berdiri memandang langit biru yang kosong.  Dia tidak mahu lagi meneruskan perjalanannya yang tidak bermaya . Memikirkan  setiap langkah ini  akan semakin jauh dari dia membuatkan hatinya terasa pilu. Dia ingin menangis namun tangisannya tidak mengalir . Dia ingin menjerit namun raungannya hanya di hati.

Telefon bimbitnya tiba- tiba berdering.

" Hello"
" Zash! Camne hal kamu dengan gilfren kamu tuh? Dah settle? Akak rasa dia dah salah faham la, mesti dia ingat kita ade affair. Kamu dah explain yang akak ni kakak kandung kamu yang baru balik dari overseas?  malam tuh kamu nak kenalkan akak dengan dia. Akak taknak lah korang pecah belah.. sume salah faham jer. Kamu dah explain belum.? Ello…dengar tak?'
" dengar"
" Kenapa suara tak bermaya ini? Apa yang berlaku? Zash?? Ok tak? Kamu kat mane? Nak akak jemput ker? Syaza mana…"

Tut.tut…
Zash matikan talian.

Saat ini dia mahu bersendirian.

Mungkin benar apa yang dikatakan Syaza tadi. Mungkin dia sendiri sengaja berkelakuan teruk dengan tujuan untuk berpisah. Mungkin sememangnya dia tidak menyedari semua ini.  Seribu kemungkinan  dan entah kenapa dia tidak terdaya menahan Syaza,  saat kekasihnya itu meminta satu perpisahan. Zash hanya mampu menerima walaupun hatinya menjerit keperitan.

Seutas rantai berloket yang tertulis  'forever yours' yang ditempahnya sebulan lepas dikeluarkan dari poket seluarnya.

Mungkin…
Cinta ini bukan milik mereka??

Zash menyentuh pipinya yang terasa basah. Air matanya mengalir tanpa disedarinya. 


Zash tahu..
Dia kini sudah kehilangan sebuah cinta.
                                        "  Epilog cinta tamat"



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'