Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 24 Ogos 2010

Hai, I love you (end)



Adiana terasa ingin putus asa! Sudah lebih setengah jam dia berlari keliling,  malahan sudah naik tegang mata ini meninjau mencari bayangan Zakuan. Dia masih tidak berjumpa dengannya.

Kaki ini sudah terlalu lenguh dan mulut ini sudah terlalu penat mengucapkan minta maaf setiap kali dia terlanggar orang lain semasa mata ini rambang mencari Zakuan. Mungkin dia patut menerima hakikat Zakuan sudah tiada di sini. Tidak mungkin lelaki itu masih di sini.

Dan mungkin juga ini semua hanya mainan ilusi yang mempersendakannya.

Adiana mengeluh.

Walaupun begitu, dia mahu mempercayai yang semua ini bukannya satu mimpi. Dia akan terus mencari Zakuan. Mungkin lelaki itu di tingkat lain. Ini baru tingkat 4, mungkin di tingkat lain, Adiana akan berjumpa dengannya. Itu yang ingin dia percayai. 

Ti.. ti…
Bunyi message dari telefon bimbitnya mengejutkannya 
Pesanan dari Nabila rupanya. 

Adiana baru teringat yang dia sepatutnya berjumpa dengan Nabila. Mungkin Nabila sudah naik marah menunggunya.  Pesanan ringkas itu dibacanya.

" Jangan gerak. Tunggu di situ."

Pesanan  yang ringkas itu membuatkan dia rasa pelik. Adiana melihat sekelilingnya melihat kalau-kalau Nabila ada di situ, memerhatikannya. Dan apa maksudnya jangan gerak??

" Hhahh.. hahh.. hahhh… "  bunyi nafas megah seseorang membuatkan Adiana menoleh.

Zakuan menarik nafas sedalam-dalamnya, menghilangkan rasa megah dan letihnya mencari Adiana dari tingkat bawah lagi. Peluh dingin di dahinya diusap lemah.

Nafasnya masih lagi tercungap-cungap, namun dia masih cuba memberikan senyuman pada Adiana yang sedang merenungnya terkejut.

Adiana senyum kekok.

Ini semua begitu pelik.  

Walaupun mereka berdua ingin berjumpa tetapi apabila saat ini betul- betul berlaku di depan mata mereka, mulut kedua-duanya seakan terkunci dan kaku. Tidak tahu apa reaksi yang patut ditunjukkan.

Zakuan mengaru hidungnya yang tidak gatal. Rasa gelabahnya tidak dapat tertahan lagi. Dia juga buntu. Walaupun Adiana kini berada di depan matanya dan hati ini ingin menjerit memberitahu betapa rindunya dia pada Adiana.  Namun…

Apa yang nak cakap ini…..

Adiana hanya memandang Zakuan, begitu juga dia.

Adiana  resah dan tidak tahu apa yang patut dilakukannya sekarang.

Sekiranya diikutkan hatinya, dia ingin menangis kegembiraan. Hatinya ini betul-betul gembira dapat berjumpa dengan Zakuan- lelaki yang dicintainya selama ini, dirinduinya sepanjang ini dan dia ingin memberitahu bahawa dia terlalu rindu tanpa Zakuan dalam hidup ini.  

 Inikah yang patut aku cakapkan?

Mereka berdua memandang antara satu sama lain.

" Hai."

Serentak mereka mengucapkan ucapan ringkas itu dan ia membuatkan mereka ketawa.

" hai, I love you" 


                                                                 ~ X0X0~


Nabila memerhatikan sahaja mereka dari tingkat 6 ini, seperti mana dia memerhatikan mereka dari tadi. Adiana yang turun naik mencari Zakuan , begitu juga perihal Zakuan. Kelakuan mereka yang mengejar antara satu sama lain membuatkan Nabila rasa geram.   

Akhirnya Nabila tersenyum dan beredar.

 Message terakhirnya di outbox telefonnya:  

            " Tingkat 4 sekarang!  "
                                                          Sent to : Zakuan


~END~

previous                                                       ~hai, i love you~                                                                          


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'