" Excuse me" kataku untuk kali ke-5. Rasanya sudah 5' escalator' aku naiki, lebih tepat berlari menaikinya. Aku mencelah antara mereka yang berada di 'escalator' ini dan terus mengejar ke 'escalator' yang menuju ke tingkat 6.
Harapan ku adalah Adiana masih di tingkat itu kerana aku sudah mengunakan segala kudrat dan tenaga untuk memastikan aku dapat mengejarnya dalam masa yang singkat.
Nafasku rasanya sudah tidak terdaya lagi. Kaki ini sudah tidak termampu lagi untuk mengejarnya, namun hati ini terus mengesa diriku mendapatkan peluang ini.
Ini peluangnya!! Aku tidak boleh lepaskannya seperti mana aku lepaskan kisah cinta kita, Adiana. Itu janji ku. Kali ini, aku akan mencapainya. Cinta ini!
" Aku cintakan Adiana." Degupan ini berima rentak ini.
Aku sampai di tingkat 6, namun kelibat Adiana sudah tiada.
" jangan putus asa!" jerit hatiku.
Aku terus meninjau sekeliling mencarinya. Di antara orang ramai ini, aku pasti dia ada di sini, kerana tadi itu bukannya ilusi.
Mencari,
Mencari…………………
dan masih tiada…