Loceng angin yang berada di depan sebuah café kopitiam itu aku perhatikan terbuai- buai mengikut alunan angin yang bertiup lembut. Bunyinya yang lembut mengasyikkan.
Cing… cing…
Cing… Cing….
Cing..cing…
Aku pejamkan mata, memberikan penghayatan yang sepenuhnya pada alunannya yang lembut, sambil aku bersandar di tepi dinding, telingaku peka mendengar setiap rentak loceng itu, sambil membiarkan angin lembut itu menyentuh kulit wajah ku.
Tenang…
Perasaan aku saat ini setenang ketika ini.
Setelah berkurung lebih sebulan, aku sudah kembali ke alam nyata. Di sini, berada di luar ini sambil menghirup udara segar.. Aku cuma ingin meneruskan hidup ku.
Walaupun tanpa dia.
Aku cepat-cepat membuka mata sebaik sahaja bayangan dia muncul di fikiran ku dan menarik nafas sedalam-dalamnya melawan perasaan rindu ini.
Aku masih rindukan dia.
" Adiana."
Aku menoleh pada suara milik pakcik ku itu. Pengurus café kopitiam ini. Di tangannya terdapat sekotak kek cheese sederhana besar yang dipesan oleh Nabila.
" Dah lama kamu tidak ke sini. Ok ker? Pakcik tengok kamu nampak tak bermaya jer?" tanya pakcik Imran risau, melihat kemuraman anak saudaranya ini.
" takde apa-apa pakcik. Saya ok." Kataku sambil mengambil kek cheese yang dihulurkan pakcik Imran.
" yerker nih??" Pakcik Imran masih tidak berpuas hati dengan alasanku.
Aku tahu walaupun usia kami berdua tidak jauh- dia hanya 3 tahun lebih tua dari aku, tapi dia sentiasa berlagak seperti seorang pakcik yang menjadi tempat yang aku mengadu sejak kecil lagi. Aku lebih menganggapnya seperti abang dari seorang pakcik.
" Betul...." kataku sambil sedaya upaya memberikan senyuman yang paling lebar sekali walaupun hakikatnya hatiku tidak mengambarkan kegembiraan itu.
Pakcik Imran nampaknya seakan terpedaya atau mungkin dia tahu aku cuma berpura-pura jadi cuma mengikut sahaja kehendak ku. Walaubagaimanapun, dia tidak lagi kelihatan mendesak ingin mendapatkan penjelasan dari ku. Sekurang-kurang buat masa ini aku tidak mahu berbicara mengenai isu itu dengannya. Belum lagi masanya.
" Kamu taknak masuk dulu ker? Minum dulu ker? " ajak pakcik Imran.
" takper ler pakcik. Nabila dah tunggu kat rumah tu. " kataku memberi alasan.
Angin tiba-tiba bertiup kuat dan bunyi loceng angin di depan pintu menjadi semakin kuat.
" Macam nak hujan ni. Kamu balik elok-elok. Ada bawa payung tak?"
" Ada . Tima kasih pakcik." Kataku cepat-cepat ingin meninggalkan café itu. Sempat aku melambai pada pakcik sebelum aku beredar.
Hujan.
Titisan hujan yang pertama menimpa pipiku.
Aku sebenarnya tidak membawa payung.
Berharap hujan ini akan membawa pergi kepiluan rindu ini.
Titisan hujan semakin lebat.