Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 16 Ogos 2010

Hai, I love you part 4



Di luar aku lihat hujan semakin lebat.
Ingin sekali aku keluar dan membiarkan diri ini lencun dibasahinya. Namun, kaki ini tidak terdaya untuk melangkah bangun dari bangku ini.

1 jam… 2 jam.. mungkin lebih.
Aku hanya berada di meja ini,meneguk air yang dipesan, sambil membaringkan kepalaku di meja, aku seperti seorang yang tidak punya masa depan.

Itu yang ku rasakan.

" Kamu tunggu siapa? Dari tadi abang tengok kamu macam orang yang putus cinta jer, tekaan abang la."  Tegur pengurus café kopitiam ini padaku.

Aku mengangkat muka lemah, cuba menatap wajahnya.

Seorang lelaki yang berwajah bersih, mungkin di pertengahan usia 20 an. Dari kata-katanya aku tahu dia berniat baik dan mungkin sejak pagi tadi dia memerhatikan aku yang tidak berganjak dari sini. Tidak salah aku, tadi dia ada keluar sekejap membawa sekotak kek cheese. Aku lihat tag namanya tertulis Imran.

" Tambahkan saya air lagi. Terima kasih." Kataku sambil menghulurkan gelas yang sudah kosong padanya. 

Dia tidak melayan permintaan aku sebaliknya terus duduk mengadap ku.

"Abang tak tahan tengok ko monyok jer camnie. Nanti lari pelanggan abang. Story sikit. Mungkin abang boleh tolong"

Aku bangun untuk beredar.  

Niatnya baik, cuma aku tidak mahu berbicara dengan sesiapa terutama tentang hal ini.

" Orang yang kamu rindu itu, pergilah berjumpa dengannya." katanya tiba-tiba.

Aku mengeluarkan wang RM50 ringgit dan meletakkannya di atas meja. Harga untuk minuman ku dari pagi tadi.

Rindukah??
Lebih dari itu, senyumannya, suaranya, gelak tawanya. Ia terngiang-ngiang seperti sebuah mimpi yang tidak tergapai. Dan selalu ku berharap jika ianya mimpi aku tidak ingin terjaga dari tidur ini.

Hakikatnya, aku tidak tidur.
Setiap nafas ini terpaksa ku lalui tanpa dirinya.

Aku akur.
Mungkin…

" Orang yang kamu rindu itu, pergilah berjumpa dengannya."

Persoalannya adakah dia rela berjumpa dengan ku? Mungkinkah dia sudah melupakan ku?Mungkinkah ada lelaki lain sudah memilikinya?  Memikirkan kemungkinan itu, aku rasa seakan hati ditoreh berdarah, kerana aku masih rindukannya.

Aku melangkah keluar dari café kopitiam ini.
Dan loceng angin di pintu itu terbuai-buai ditiup angin, mengalunkan bunyi yang lembut. 

                                                                                Zakuan

previous                                             next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'