Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 16 Ogos 2010

Hai, I love you part 5



Aku memerhatikan sahaja mereka yang tertawa riang.  Agaknya sudah berapa lama aku tidak merasai gelak tawa seperti itu? Nabila tiba-tiba mengeluh. 

" Kenapa?" tanya ku pelik dengan Nabila. Dia jarang sekali berkeluh kesah sebegitu kecuali ada sesuatu yang betul-betul menganggunya.


" Hmm.. dah lama kita tak ketawa macam dorang tu. " rungut Nabila merujuk kepada mereka yang lalu di sebelah kami tadi. 

Aku tahu sejak bila. Sejak dia tiada dalam hidup ini lagi.

" Well, sekurang-kurangnya kau tidak lagi terkurung jer kat bilik tu." kata Nabila lagi.

Aku tidak membalas bicaranya. Tiada apa yang hendak dibicarakan. Aku rasa tiada apa yang menarik lagi dalam hidup aku. Tiada lagi keriangan dalam hidup ini, tiada lagi keceriaan yang hendak diwarnai. Tiada lagi dia.

" Kau masih rindukan dia yer? " Nabila seakan tahu apa yang aku fikirkan. Aku tidak tahu hendak mengangguk atau mengeleng. Kedua-dua jawapan itu tidak bermakna apa-apa. Dia takkan kembali lagi.

" kalau kau rindukan dia,  kenapa tak jumpa? Lagipun korang memang sesuai antara satu sama lain dan aku tak tahu kenapa korang nak berpisah. It does not make any sense!"

Kata-kata Nabila itu aku tahu ianya benar. Aku sendiri tidak ingat kenapa kami berpisah. Aku selalu rasakan hubungan kami ini tidak mungkin berjaya, rasa seakan tidak serasi. Seolah tiada cinta antara kami atau mungkin aku tidak faham perasaan sendiri?

" aku rasa kau patut jumpa dia dan decide. Rasanya keputusan korang hari tu sangat  terburu-buru."

" kenapa kau cakap camtulaks, Nabila?"

" Sebab kau cuma akan tahu kau cintakan seseorang saat kau kehilangannya. "

Aku tidak tahu hendak membalas apa. 

Selepas itu, kami hanya membisu tanpa bicara dan semasa Nabila beredar,  aku masih lagi tidak mampu membalas kata-katanya.

Kerana aku tahu kata-katanya mempunyai kebenaran.

Tanpa sedar aku meneruskan langkah ku sendirian, melalui jalan ini.

Mengharap mungkin dapat berjumpa dengan dia. 

                                                                       Adiana
previous                                               next


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'