Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 16 Ogos 2010

Hai, I love you part 6



" Aku kehilangannya dan kini aku sedar aku cintakannya. "

Aku tekad. Ini keputusan ku. Itu yang aku fikirkan semasa aku berbual dengan Imran, pengurus café kopitiam tempoh hari. Aku tidak tahu kenapa aku kembali ke café itu semalam, berjumpa dengannya dan akhirnya menceritakan apa yang ku pendamkan.

" Kenapa kamu berpisah?"
 "tidak serasi"
" Kekadang apa yang kita fikirkan bukan yang sebenarnya."
" Maksud abang?"
" tanya hati kamu."

Dengan Imran, seolah-olah dia mengetahui apa yang difikirkanku. Segala persoalan seakan terjawab dengannya. Segala keraguan seakan hilang.  Tanya hati ku??

Adakah hati ini mampu memberikan jawapannya?
Aku tidak tahu!

Kerana saat ini, hati ini terlalu rindu akannya.
Itu yang ku tahu.
Aku rindukannya.
Terlalu rindu..
Terlalu cinta?

Aku tekad. Mungkin perpisahan ini satu kesilapan?

Namun, saat ini aku tidak termampu melangkah ke rumahnya. Keberanian dan kegilaan tadi sudah hilang saat aku terfikirkan sudah terlalu lama kami berpisah. Mungkin dia tidak ingin berjumpa dengan aku?

Akhirnya,  aku cuma termampu  berdiri di jalan ini. Satu-satunya jalan yang akan dilaluinya untuk balik ke rumah. Mengharap dapat berjumpa dengannya.

Walaupun hanya sekilas, aku ingin sekali berjumpa dengannya. Melihat dirinya, mencuri pandang pada senyumannya yang sentiasa memberikan ku kegembiraan.

Aku bersandar pada pokok besar yang berada di situ. Pokok ini betul-betul berada di tengah-tengah laluan ini, dan dia pasti akan lalu di sini. Tidak mungkin dia akan terlepas pandang, itu tanggapan ku.

Dengan semua langkah dan tanggapan ini, aku rasa lebih tenang. Aku membetulkan topi dan jaket yang ku pakai. Hati ini terasa sangat berdebar-debar.

Apa yang akan aku cakap kan nanti?
Apa reaksinya nanti?

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

" Tenang… Zakuan… tenang…" kataku memberi motivasi terhadap diriku sendiri. 

Aku tahu aku tidak boleh berpatah balik. Ini keputusan aku. Aku perlu sabar, dan semuanya akan berjalan lancar.  Pasti!!

Aku melihat jam di tangan.

Aku cuma perlu tunggu.

Tuhan, berikanlah diri ku peluang ini..

                                  Zakuan 
previous                                                            next





 
 



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'