Adam mengherot ke belakang sedikit. Rasa terkejut, tergamam dengan situasi ini dan otaknya ligat berfikir tindakan dan reaksi seterusnya untuk situasi seperti ini. Baru sekejap tadi dia rasa seolah-olah lemas di dalam gelembung pelik tadi. Kemudian sesaat kemudian, dia berada di sini, sebuah taman indah yang tidak pernah dibayangkannya.
Pelik..
Mimpi kah?
Dia mencubit pipi kanannya.
‘Auchh!!!”
Ini bukannya mimpi!
Gadis di depannya ketawa, lucu melihat dia yang seperti orang bodoh.
Peliknya, rasa gementarnya hilang tatkala melihat senyuman gadis itu. Banyak gadis yang pernah dijumpainya di negerinya , tidak pernah dia melihat seorang gadis yang secantik bidadari ini.
“ Nama saya Airis. “ bibir merah bak delima itu bersuara.
Dia menelan air liur. Bukan sahaja kecantikan gadis ini memukaunya malahan suara milik gadis bernama Airis ini lembut dan merdu, sepadan dengan kecantikan yang dimilikinya.
“Mana saya ni?”
“ Di dunia saya.’
Adam memandang Airis pelik. Dunianya? Apa maksud itu?
Dan persoalannya terjawab apabila dia sedar bahawa, sekelilingnya bukannya hutan Heratus yang dikenalinya.
Di sini, adalah sebuah taman yang indah lebih tepat taman yang tidak masuk akal.
Sekelilingnya pokok merimbun dengan dedaun yang berwarna biru. Hamparan rumput yang terasa di bawah kakinya, berwarna putih seakan salji dan selembut kapas. Di udara pula terdapat buih-buih kecil warna warni yang menghasilkan bau bunga lavendar.

Airis bangkit menuju ke kolam air terjun di situ. Dia duduk di pinggir dengan mencecahkan kakinya di permukaan air dan bila kakinya menyentuh permukaan air itu, kolam air terjun itu berkocak dan menghasilkan cahaya seakan lampu neon dan serentak titisan air yang bercahaya terbang naik ke udara, seakan tersejat.
Suasana yang pelik tetapi menakjubkan.
Suasana yang pelik tetapi menakjubkan.
Adam masih kaku ditempatnya, masih tertanya-tanya, memikirkan situasi yang pelik disini.
Dia ingin mempercayai yang ini semua adalah mimpi sahaja, namun pabila melihat lengan bajunya yang koyak, kesan darah dari luka di kakinya dan juga kepalanya yang berkesan darah yang mengering, dia tahu ini bukannya mimpi. Ini terlalu benar untuk menjadi sebuah mimpi.

Dia masih lagi ingat akan dirinya ditarik masuk ke dalam gelembung misteri itu dan kejadian itu masih lagi jelas di ingatannya. Jadi, jika semua itu benar, di manakah dia? Di dunia atau dimensi yang lain kah? Atau di dunia magika?
“ Nama saya Adam.”
Adam menghampiri gadis misteri bernama Airis itu. Tanpa pelawa dia duduk di sisi Airis.
“ Awak dah tak takut?” Tanya Airis seakan mengetahui bahawa tadi Adam keliru.
“ Takut.. Tapi.. entahlah. Sekarang ni rasa lain. Rasa macam..."
Adam diam sekejap, memandang Airis lama sebelum dia mengutarakan ini..
" Kita pernah jumpa ke?"
Ya, dalam situasi ini, keadaan ini, macam kelakar sahaja bila ayat yang ditanyanya ini seperti sedang meng'ayat' awek yang baru dijumpai di perhentian bas. Sekiranya di tempatnya, dia pasti akan menjadi bahan gelak Dali.

Namun, apa yang dirasakannya ini adalah benar, dia yakin dia pernah berjumpa dengan Airis. Rambut ikal panjang dan matanya yang jernih itu mengingatkan dia kisah waktu ketika kecil dahulu.
Kisah dia dikatakan diculik bunian dan 24 jam selepas misi mencari dilancarkan, Tuan Arif menjumpai dia sedang lena tidur di kamar walhal dia sepatutnya hilang di hutan. Dan pabila disoal, dia yang ketika itu berusia 5 tahun memperihalkan kisah dia berjumpa seorang budak perempuan bersayap?
Pantas Adam menjeling ke tubuh airis, gadis ini tidak mempunyai sayap. Dia kelihatan seperti gadis biasa, manusia biasa tetapi mempunyai kejelitaan yang tidak tergambar.
“ Ya, kita pernah berjumpa.” Jawab Airis. Dan disebalik cahaya dari percikan air terjun yang tinggi itu, Adam lihat Airis betul-betul serius. Dia menyentuh dada Adam yang bidang dengan jemarinya yang runcing itu.
" Kita berjumpa di sini..."
" Kita berjumpa di sini..."
Dup.. dap.. dup.. dap...