Huhuhu...
“ Jangan menangis ok!” kali ini tinggi suaranya. Dali menelan sedunya. Dia mendongak ,menatap budak lelaki ini.
“ Budak lelaki tidak boleh menangis. Siapa nama kau..?”
“Dali..” jawabnya dengan suara yang sebak.
“ Baik! Dali! Mulai sekarang kamu tidak akan berseorangan lagi! “
Dia tidak mengerti maksud budak lelaki yang kemas lengkap berkardigan biru tua ini.
“ Kau ni lembik sangat ler. Jom!” katanya dengan ego yang kecil. Dia menghulurkan tangannya yang kecil itu pada Dali, mengajaknya menyambut.
“ Jom! “ arahnya. Melihat Dali masih teragak-agak menyambut huluran tangan itu, dia terus sahaja menarik Dali yang duduk mencangkung itu untuk bangun. Dan mereka berdua berjalan meninggalkan lorong gelap itu.
“ Aku Adam! Dan kita adalah keluarga.”
“ Nah baca nih!” arah Adam. Buku tebal geografi dihulurnya pada Dali. Kemudian diikuti dengan beberapa buku lain hinggakan tubuh Dali yang kecil itu hampir tertimbus dek buku-buku itu.
Adam ketawa.
“ Kau ni kecik sangat lah! Lepas ni ko kena minum banyak susu.. “ usiknya.Dia menolong Dali mengangkat beberapa buah buku dan mereka berdua beriringan ke meja bacaan.
“ AA!!!! Tuan muda saja je nak suruh saya habiskan susu Tuan muda.. “ rungut Dali. Yerlahkan sebelum tidur Adam selalunya disuruh minum segelas susu dan disebabkan Adam tidak suka minum susu, senyap-senyap tanpa pengetahuan pengasuhnya-Alicia, Adam akan menyuruh Dali menghabiskan minumannya.
“ Mana ada! Kau pendek sangat. Aku nak bagi kau besar sahaja. Betul...”
Adam meletakkan buku-buku itu di atas meja yang setinggi dadanya. Dan dengan payah dia naik ke bangku yang lebih tinggi darinya. Kakinya terlujur tergantung saat dia berjaya melabuhkan punggungya di bangku ini. Buku diselaknya.
Adam meletakkan buku-buku itu di atas meja yang setinggi dadanya. Dan dengan payah dia naik ke bangku yang lebih tinggi darinya. Kakinya terlujur tergantung saat dia berjaya melabuhkan punggungya di bangku ini. Buku diselaknya.
“ Kenapa tuan muda baca buku orang dewasa ni? Kitakan budak-budak lagi? ”
“ Tu ler.. kau tak tahu! Alicia kata kalau aku pandai , baik dan rajin baca buku, ayah akan tinggal di sini.” jelas Adam.
Dali diam dan hanya memerhatikan sahaja kelakuan Adam.Ya. Selama 3 bulan di sini, tidak pernah sekalipun dia berjumpa bapa Adam. Di rumah agam yang besar ini hanya ada pembantu rumah, pengasuh, dan mereka berdua. Yang Dali tahu, ibu Adam sudah meninggal dunia setahun lalu dan kini tinggal Adam dan ayahnya sahaja.Peliknya Adam tinggal tanpa ibu bapanya.
Dali diam dan hanya memerhatikan sahaja kelakuan Adam.Ya. Selama 3 bulan di sini, tidak pernah sekalipun dia berjumpa bapa Adam. Di rumah agam yang besar ini hanya ada pembantu rumah, pengasuh, dan mereka berdua. Yang Dali tahu, ibu Adam sudah meninggal dunia setahun lalu dan kini tinggal Adam dan ayahnya sahaja.Peliknya Adam tinggal tanpa ibu bapanya.
“ Jom. Baca sekali..” ajak Adam, dia menghulurkan buku psikologi pada Dali.
“ Aku akan berusaha sehingga ayah bangga dengan aku. " kata Adam tiba-tiba.
Ayah? Begitu bermaknakah?
Ayah? Begitu bermaknakah?
“ Baik! Saya juga akan berusaha menjadi serf yang paling sempurna untuk Tuan adam! “ lantang Dali memberitahu tekadnya.Baginya, sekiranya Adam berusaha untuk menjadi lebih baik, dia juga akan berusaha menjadi serf yang baik- Yang layak di sisi Adam.
“ Kau yang kuat menangis nie nak jadi serf aku? Boleh ke?”
Dali mengetap bibir. Adam ni suka memperkecilkannya. Walaupun dia lebih pendek dari Adam dan muda setahun, dia tahu dia boleh lakukannya. Mukanya merah padam diusik begitu.
“ Hehe.. kan aku dah kata dari dulu, kita adalah keluarga. Jadi kau kene berusaha untuk itu lah.. dan.. ”
“ latihan pertama kau adalah berhenti memanggil aku tuan muda. “
Adam bersuara sambil tersenyum pada Dali.
“ Baik ......A...dam.. ”
Dia hanya memerhatikan sahaja dari jauh, mimik wajah tuan mudanya itu. Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan.. memerhati...
“ Ayah!!..”
Tuan Arif tidak mengendahkan teriakan anak kecil itu..Dia merentapnya tangannya dari pegangan kecil itu dan dengan pandangan yang bengis, dia memandang darah dagingnya yang baru menjangkau usia 10 tahun ini.
“ Kamu balik!” arahnya.
“ Ayah ingin pergi ke mana? Tinggallah bersama Adam di sini.”
Suara rayuannya tidak sedikitpun melembutkan hati batu Tuan Arif, sebaliknya lelaki itu terus beredar bersama pemburu-pemburunya.
Tindakan Tuan Arif langsung tidak memutuskan harapan Adam.Dia mengejar ayahnya itu dan sebaik sahaja dia hampir dengannya, dia menarik jubah baju Tuan Arif, mengharap lagi yang ayahnya akan tinggal di sini. Menemaninya~
“ Jangan sentuh aku! Kau tak bermakna untuk aku! Budak sial!” marah tuan Arif. Tubuh kecil itu ditolaknya jatuh.
Setajam petir, kata-kata itu bergema di keliling.
Setengah jam kemudian Adam masih terduduk kaku di situ. Walaupun hujan mulai turun rintik-rintik, tidak sedikitpun Adam beredar dari situ. Dia masih tergamam, hanya memandang jauh.. di mana ayahnya dan kumpulannya menuju ke suatu tempat -Hutan Heratus
“ Dali, apakah itu pengorbanan? ”
Dali yang sedang menghidangkan air untuk Adam memandang tuan muda ini. Di usia yang muda, Adam terlalu banyak berfikir, tidak padan dengan usianya yang baru menjangkau 10 tahun.
“ Entah,, mungkin apabila kita sayangkan seseorang kita akan buat begitu. Masa untuk minum petang. Hari ini saya sediakan teh .....”
“ Dali, kau rasa adakah orang akan sanggup berkorban untuk aku?”
Dali diam. Dilihatnya wajah Adam tidak bermaya, mungkin teringatkan tentang hal itu.
Walaupun sudah seminggu hal itu berlaku, adam tidak pernah berbicara tentang itu. Dia masih lagi tekun belajar, menjaga adab dan kata-katanya, berusaha menjadi tuan muda yang dibanggakan keluarga ini. Sedikit kesedihan langsung tidak dipamerkannya. Disembunyikan dalam di hatinya walaupun ayahnya sendiri tidak mengendahkan dirinya. Baginya, Adam hanya satu pewaris – satu alat.
Hari ni walaupun Adam tidak ingin berbicara tentang itu, Dali dapat rasakan kesedihan dari wajahnya.
Dali meletakkan cawan minuman di meja dan dengan rasa rendah diri, dia melutut dengan sebelah kaki, menunduk kepala di depan tuannya ini.
“ Saya bersumpah bahawa saya akan melindungi dan bekorban demi tuan muda. Mulai detik ini, nyawa dan jiwa saya hanya kepunyaan tuan. “ ikrarnya.
Suasana menjadi sunyi seketika. Adam hanya memandang Dali yang sedang menunduk di depannya ini.. Dali yang lebih muda setahun darinya, Dali si kecil yang dijumpainya .. Dali yang tiada sesiapa melainkan keluarga ini.
Dali ini.
“ Bodoh. Siapa suruh kau cakap bukan-bukan ha! “ marah Adam sambil mencekik leher Dali ala-ala gusti.
“ Terima kasih. “ katanya dan melepaskan Dali.
Dali lihat Adam mengesat air mata yang berkaca.