Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 30 Mac 2011

inikah cinta??

Pic cuma hiasan -dari google

Berang dan cemburu kerana cintanya tidak berbalas, seorang lelaki menggunakan pisau pemotong sayur untuk menikam sehingga mati seorang wanita berusia 20-an yang menyewa bilik di rumahnya di Jalan Hokkian, di sini, semalam.
 
Suspek berusia 43 tahun, bertindak demikian kerana cemburu selepas mengesyaki mangsa ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan dia sudah lama menyimpan perasaan cinta terhadap wanita itu. Ketika kejadian, mangsa yang menyewa di rumah 17 bilik itu sedang tidur, manakala suspek dikatakan sendirian selepas ahli keluarga lain berkunjung ke negara jiran. .


“Suspek dipercayai memasuki bilik sewa mangsa pada awal pagi ketika mangsa tidur dan menikamnya menyebabkan kecederaan di dada kanan apabila senjata itu menembusi paru-paru sebelum mangsa disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 11.48 pagi.

“Suspek juga dikatakan cuba menikam seorang lelaki yang dipercayai penyewa di rumah berkenaan selepas lelaki itu melihat perbuatannya.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit sempat mengelak dan merampas pisau digunakan suspek sebelum melarikan diri, manakala penyewa terbabit menghubungi rakan untuk meminta bantuan,” katanya.

Menurutnya, penyewa itu turut cedera ringan akibat bergelut dengan suspek kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sumber berkata, polis yang menerima laporan itu menggerakkan sepasukan anggota ke tempat kejadian dan menahan suspek yang dikatakan cuba untuk mencederakan dirinya.

 sumber metro (untuk lihat gambar)


Jangan ler jadi seperti ini yer... Kerana cinta ditolak, jangan ler bertindak di luar batasan seperti rogol, bunuh, guna-guna, asid dan etc . Be gentleman ler! 


p/s : Meh baca citer kat blog ni lagi syIokkk... hahaks (promote blog pulak dah- ni pesanan penaja :p)








' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'