" Upacara minum teh jepun, juga dikenali sebagai the way of tea adalah budaya Jepun yang aktivitinya melibatkan persiapan dan penyajian Matcha, iaitu powdered green tea. In japanese, ia disebut chanoyu or chadō"
" Cara yang dilakukan, atau seni prestasinya, disebut Otemae . .... "
Kenapalah aku tidak percayakan Danny? Apa masalah aku??
“ Amyra........."
“ Amyra!!.”
Terkial-kial fikiran aku yang jauh melamun kembali ke dalam dunia realiti ini. Di depan ku, Farish rupanya telah memerhatikan aku yang telah hanyut dalam khayalan. Aku pula, yang masih terkejut dan kekok dengan situasi ini, tidak mampu bersuara apa-apa, hanya mampu menunduk dan kelakuan aku mendorong beberapa teman sekelasku saling berbisikan.
" Maaf....... saya tidak berikan perhatian tadi.. " kataku serba salah.
" Tidak mengapa. Ini bukannya kelas untuk exam.. ni just for fun ...don't mind.." balas Farish lembut, dan senyumannya yang manis itu aku tatap dengan satu perasaan lega. Yang berbisik-bisik tadi sudahpun hentikan bisikan mereka dan mereka mendekati Farish.
"Cikgu..cikgu... saya tau gaya chabako temae..cikgu tengok betul ke tidak.." Gadis yang berusia dalam 19 tahun itu mendekati Farish, memegang tangan Farish dan seperti anak kecil menariknya ke arah kumpulan mereka yang terdiri dari budak-budak lepasan spm tu. Dari mataku, aku tahu minat mereka bukannya pada kelas ini, tapi lebih pada Farish. Yerlahkan cikgu hensem...
Farish seperti biasa, hanya mengikuti sahaja kehendak mereka.
Tea and cake course class.
Haha, tak aku sangka Farish rupanya adalah cikgu di kelas ini. Kelas ini adalah suggestion dari teman-teman sekerja aku yang mengajak aku masuk ke kelas ini. Diadakan setiap hari sabtu dan ahad, rakan sekerja aku mengatakan yang kelas ini, baguslah... sesuai untuk perempuan-perempuan yang ingin belajar buat kek, .. dan yang pastinya ...
" Betulkan aku cakap?. cikgu dia henseeeeeeeeemmmmm sangat... " kata Aniza sambil menyiku ku lembut. Bibirnya tidak lekang-lekang dengan senyuman dan matanya bersinar-sinar mendengar penerangan Farish.
" Upacara teh ini walaupun kelihatan remeh tetapi ia memerlukan ketelitian dan kesopanan bla..bla..bla..... "
Kini aku berikan perhatian sepenuhnya pada bicara Farish. Ya.. buat apa nak fikir bukan-bukan!
“ Awak fikirkan Danny ke?’tegur Farish sebaik sahaja kelas berakhir.
" Ha?buat apa nak fikirkan buaya macam ...." kataku terbantut bila Aniza mendekatiku. Melihat dia yang kelihatan teruja bila Farish berborak dengan ku.. buatkan aku rasa serba salah sekiranya tidak memperkenalkannya pada Farish.
" You kenal Myra kita ni ke?" tanya Aniza, suaranya dicontrol ayu.. adeh, dah macam jumpa artis pula.Setahu aku, di ofis dialah paling lantang suaranya.
" Amyra tak beritahu yang kami ni berkenalan ke? Mungkin Amyra tak suka saya?Sedihnya. " Farish mengusik ku.
" Sorry.. okey.. Bukan pe.. si Aniza ni peminat awak..Auchh!!! " aku mengusap lengan ku yang merah dicubit Aniza. Farish ketawa dan aku lihat Aniza hampir jer nak jatuh pengsan hahaha,,, Yer, aku tak tahulah kalau dia nampak Danny camne pula reaksinya.
“ Aniza, boleh tak saya pinjam Myra you sekejap.. "
"Boleeeeeeeeeeh... " jawab Aniza panjang.
" Lucky you.." bisiknya sebelum beredar.
"Boleeeeeeeeeeh... " jawab Aniza panjang.
" Lucky you.." bisiknya sebelum beredar.
“ Pergilah jumpa dia.” kata Farish sebaik sahaja Aniza hilang dari pandangan kami berdua. Dia masih lagi ingin berbincang isu yang tak penting ni!
" Sebulan Farish. Dah sebulan lebih... buat apa saya nak jumpa dia.. siapa dia bagi saya?" kataku sambil menyumbat apron ke dalam beg.
" And plus he looks soooooo happy. Saya baca dalam magazine ari tuh.. dia kat london kan sekarang?"
“ Lagipun bukan salah saya kalau saya tidak percayakan dia. Sesiapapun akan percaya yang Danny tu berniat jahat terhadap perempuan. Tengoklah dia tu.. perangai dia.. suka berfoya-foya, terang-terang tertulis buaya kat muka dia tu. Buaya darat... “ balasku sambil aku mengingati gambar-gambar Danny dengan awek-awek mat salleh di London dalam majalah overseas yang Syu bawa balik. Uiii,... bukan main gembira!
Syu pun cakap masa terserempak Danny di London, Danny langsung tidak bertanyakan tentang aku. Seolah-olah aku tidak pernah wujud dalam kehidupannya.
Jadi sekiranya dia dah move on, aku pun perlu mulakan kehidupan aku juga. Dan langkah pertama adalah melupakan dia. Melupakan semuanya tentang dia..
Lelaki seperti dia hanya pandai bermain dengan kata-kata jer.. berikan kebahagian konon..!!! Dia tak pernah maksudkan semua itu! Geramnya aku bila dia selamba jer bohong family aku. Dan paling bodohnya adalah aku yang hampir percaya pada kata-kata itu.
Aku memandang Farish yang masih mendiamkan diri , setia mendengar aku mengutuk Danny.
Syu pun cakap masa terserempak Danny di London, Danny langsung tidak bertanyakan tentang aku. Seolah-olah aku tidak pernah wujud dalam kehidupannya.
Jadi sekiranya dia dah move on, aku pun perlu mulakan kehidupan aku juga. Dan langkah pertama adalah melupakan dia. Melupakan semuanya tentang dia..
Lelaki seperti dia hanya pandai bermain dengan kata-kata jer.. berikan kebahagian konon..!!! Dia tak pernah maksudkan semua itu! Geramnya aku bila dia selamba jer bohong family aku. Dan paling bodohnya adalah aku yang hampir percaya pada kata-kata itu.
Aku memandang Farish yang masih mendiamkan diri , setia mendengar aku mengutuk Danny.
“ Awak tu.. baik awak cari orang lain.. You deserve better... " Wa.. lebih-lebih pula aku nih.
" Deserve what?!"
Suara itu! Aku kenal suara itu!
Cepat-cepat aku toleh ke belakang.
Sangkaan aku betul-betul tepat bila mana Danny- lelaki yang berkemeja kemas mendekati Farish dan aku. Matanya merenung ku tajam, terasa tajam menusuk ke lubuk hati aku. Dammit!
" I just back from London and... ...looking for you..." kata Danny mengalihkan pandangannya pada Farish.
" Welcome home.." balas Farish. Aku senyap-senyap beredar dari situasi kekok ini. Bak kata Syu, Danny tidak inginkan aku dalam hidupnya dan aku terima seadanya.
“ Aik nak balik dah..?”
Langkahku terbantut. Aku ke??
" I just back from London and... ...looking for you..." kata Danny mengalihkan pandangannya pada Farish.
" Welcome home.." balas Farish. Aku senyap-senyap beredar dari situasi kekok ini. Bak kata Syu, Danny tidak inginkan aku dalam hidupnya dan aku terima seadanya.
“ Aik nak balik dah..?”
Langkahku terbantut. Aku ke??
“ Cik Amyra nampak bersemangat hari ni...” tegurnya lagi. Ya, itu aku. Amyra tu aku...ingat lagi rupanya dia namaku.
Namun, nada suaranya dingin, keras dan sinis.
Namun, nada suaranya dingin, keras dan sinis.
“ Wow.. laju jer cik Amyra ini nak pergi. Takut ke? Yerlahkan......... saya kan nak buat something bad kat dia sebab tu dia nak balik awal. Pervert... gila seks... Buaya...saya lah tu.. si Danny. Awak takut ke?CIK A.....MY.....RA.."
Aku diam.
" Well, saya ni tak boleh dipercayai. MERBAHAYA. patut kene penjara jer.. Awak tak nak buat police report ke? Tangkap orang macam saya ni?.or... apa kata awak buat poster letak kat sekitar kawasan ini so semua orang tau.. saya ni buaya... ."
Aku terus keluar. Geramnya Danny ni! Balik-balik nak sakitkan hati aku!
Aku lajukan lagi langkah kaki ini, kalaulah tidak pakai kasut bertumit tinggi, ingin sahaja aku berlari pecut sehingga ke rumah.
Rasanya dari awal perkenalan aku dan Danny, pertemuan kami selalu berakhir dengan cara ini- Akusentiasa berlari jauh dari nya. Masa di rumah Farish, di club... Kenapa ia selalu berakhir begini!? Kenapa dia sentiasa buat aku begini?
" Apa yang awak nak dari saya!!"
Aku menghentikan langkahku, bertanya pada dia yang mengekori ku dari tadi. Dia yang menjadi sumber kepada kekeliruan dalam hidup aku ini.Dia yang ...
Terus Danny memegang tanganku, menarik ku rapat padanya. Mata kami bertentang dan aku dapat dengar nafasnya, debaran di hatinya...dan bisikan dari bibirnya..
“ Awak ..."
Dia berpaling, terus meninggalkan diriku...
Dan getaran di hatiku yang selama sebulan ini membisukan diri, berdetak kembali...........
Mengapa aku sentiasa tertarik pada lelaki ini?
previous
next