“ Mak camne nak tahu kalau kita suka kat orang??..”
Di gagang telefon, berderai tawa mak aku. Adeh... baru nak mintak consultation skit dah kene gelak.
Sebenarnya pun, aku tak nak bercerita tentang hal jiwang-jiwang karat dengan mak aku. Rasanya hal-hal peribadi yang melibatkan hati dan perasaan ini adalah sesuatu yang kekok untuk dibincangkan dengan ahli keluarga, lainlah sekiranya aku ni anak mak ke pe.. tapi aku bukan yer..aku bukan jenis anak perempuan yang semuanya hendak diadukan pada family, aku dah besar dan aku tahu handle hal sendiri, terutama sekiranya melibatkan hal peribadi seperti ini.
Cuma.....Syu sejak dua menjak ni, asyik tiada di rumah. Kalau adapun dia hanya terperuk berkunci di bilik.
Sesekali aku terserempak dengannya di dapur atau ruang tamu, namun kami hanya berbalas senyum tanpa bicara.
Ya, tanpa sedar, hubungan aku dan dia menjadi dingin tanpa sebab.Mungkinkah di sebabkan aku terlalu involve dalam kehidupan Danny dan Farish hingga semakin jauh dari dunia aku sendiri??
Takpelah, hujung minggu ni aku akan paksa rela juga Syu bercerita atau berborak dengan aku. Tak kira!
Ok.. tu cerita lain.
Tawa panjang mak aku akhirnya berakhir. .
“ Suka dengan cinta tu lain.Nak tanya tentang cinta ke tentang suka?” wah, serius pula bunyinya.
“ Mana-mana jer lah..”
“ Ada kaitan dengan Danny ke?’
Strike!!! Tepat dan jitu!
" Takdelah." nafiku secepat yang mungkin cuba menyembunyikannya.
“ Suka itu bila kita rasa selesa dengannya, tertarik dengannya. Saat bertentang mata, terasa getar di hati...dan dalam diam kan mencuri pandang pada senyumannya,lirikan matanya, gerak gerinya. "
“ Tapi cinta itu,di antara garis benci dan sayang. Pabila dekat dengannya nafaskan terhenti. Semua deria rasa kita takkan berfungsi normal, mata kita kan terasa sekeliling berpusing-pusing, kaki kan terasa di awang-awangan, telinga kita hanya mendengar suaranya, dan suara kita kan terkunci dan hanya mampu...
“tersedu..’
Ha!!.............
Tersedu? ??
“ Mak ni bergurau yer.??”
“ Betul. Bila kamu sangat-sangat cintakan seseorang, kamu akan tersedu.. “
Aku akhiri perbualan kami tu selepas kredit aku abis. . Yerlah tu.. sedu? Huh.. mengarut. Mak aku ni pastinya nak berlawak dengan aku. Melalutlah.Maka konklusinya, aku tidak dapat apa-apa input baru dari mak aku. Better aku tanya Syu...


6 comments:
writer....WAJIB update slalu yer...
buat pnjg2 ckit...hehhe
Danny yg suka buat Amyra berprangsaka camtu...........sampai bila nak camni ni???? dua-dua merana dan ego..................apapun, akak suka cite ni and alwways followwwwwwwwwwwwww
amano miya - draft citer dah ada banyak dah, cuma nak cari masa untuk post jer,insya-allah blog ni akan sentiasa ler di hapdate ... ^^
aqilah - tengkiu kak foloow jer.. buat caye suke n bersemangat nak hapdate slaloo nih hihikhik... kaloo ade idea pass2 le kat saya.. sebab cite nih masih leh diimprove kan..
writer..bleh x ltkkn chat b0x satu...huhu,,
Catat Ulasan