--------
Biarkan semua ini jadi sebuah mimpi....
Biarkan masa ini berputar kembali...........
Kerana aku ingin terlupa...........
‘HuaaarrggHHHHhh!! “ dengan selebar-lebar dan seluas-luasnya di menguap dengan mulut yang terbuka luas. Badan diregangkan sepuas hatinya ,sambil matanya kedip-kedip tersilau dek panahan mentari pagi yang mencuri masuk dari jendela yang terselak kecil.
Selimut tebal bewarna biru hati diselaknya dan dengan masih lagi rasa mengantuk dia turun dari katilnya perlahan-lahan menyelak habis jendala biliknya, mempamerkan kawasan belakang rumahnya. Sebuah taman bunga miliknya.
Pak Abu-tukang kebun yang sudah bekerja lebih dari 10 tahun dengan keluarganya melambai-lambai padanya.
“ Selamat pagi, Pak Abu! “ tegurnya.
Dia senyum sahaja., sudah biasa sangat dengan suasana ini. Hari yang biasa dilaluinya. Lengkap dan perfect!
Dia mencapai blackberry Curve 3G 9300, melihat inbox nya kalau-kalau ada email penting dari pejabat. 10 email unread.
“ Hmm...”
Email pertama melibatkan tentang business appointmentnya hari ini dengan syarikat J&J Sdn Bhd , kemudian conference meeting dengan cawangan di Milan, selepas itu ada meeting dengan finance dept...malam ada dinner dengan....
Perhatiannya beralih pada kertas memo kuning yang terlekat di sebuah pasu bunga berisi bunga Peony warna merah jambu.
“ Morning!!Sleepy head...Dah bangun dah? Mesti tengah check email ni kan! Pagi-pagi dah fikir pasal keje.. grr.... :pMalam ni, saya nak beritahu sesuatu kat awak, pukul 10 k at rooftop umah tau,..Awak datang tau,mesti datang yer,, janji tau...
P/s : Breakfast dah siap kat bawah.jangan lupa makan..
Dia tersenyum. Memo ceria ini sentiasa terlekat di meja ini. Hari-hari message yang sama suruh dia breakfast, dan hari-hari bunga di pasu ini akan berubah. Tempoh hari rose merah, kemudian lily dan hari ini –
Peony merah jambu.. Warna yang terang itu terutama disebalik maksudnya yang tersirat, buatkan dia rasa gembira dan bersemangat di pagi hari.
Telefonnya berdering tiba-tiba, mengejutnya dari lamunan.
“ Hello Airil. Ko kat mane ni? “
“ Rumahlar... “
“ Ko dah lupa ke, kita kene breakfast dengan Mr. Lim pukul 9 nih. Ko siap cepat, dalam 15 minit aku sampai, siap cepat tau.. “
Tut..tut... tut..
Pemanggil mematikan panggilannya tanpa sebab dia memberikan jawapan. Pantas dia mencapai tuala nya dan bergegas ke bilik shower. Lupa pula dia hari ni dia kena breakfast dengan client dan secure satu deal business ni dengan Mr. Lim.
10 minit kemudian dia keluar dan bersiap sekemas-kemasnya untuk projek kali ini. Dia semburkan perfume....., sikat rambutnya rapi, letak gel.... , kemudian setelah rasa semuanya lengkap, dia membelek wajahnya yang bersih dicukur itu untuk kali terakhir.
“ Yosh!! Siap, hensem...Mohd Khairil Arifin, today will be success as always, think positive and everything will be as what i want. “
Pin..pin..
Bergema bunyi hon kereta Maserati Grancabrio warna hitam di laman rumahnya.. Dia berlari turun ke tingkat bawah, mencapai beg nya , menyarung kasut dan bergegas menuju ke temannya yang sedang menanti.
“ Deal kali ni besar .,ko rasa boleh ke kita dapat? “
Yeah.. “ jawabnya yakin. Dia dah pun prepare proposal untuk projek ini sejak sebulan lepas, dan dia sangat yakin akan dapat deal kali ini, sama seperti deal-deal lain.
Temannya senyum.
“ I like your confidence, that’s why you are the best.”
Dia hanya sengih lebar di puji begitu. Pujian yang dah masak di dengarnya. Siapa yang tak kenal KhAiril Arifin- Project Manager Rasdhan engineering Sdn.Bhd? Dialah yang selalu bawa masuk business and projek besar-besar pada company.. Dan kerana kejayaannya ini di usia 27 tahun, dia sudah pun menyandang jawatan besar ini, dengan gaji yang cukup besar. Tiada apa yang tidak lengkap dalam hidupnya.
Mereka beredar meninggalkan laman rumah banglo 2 tingkatnya.
Di master bedroom, kelopak bunga Peony layu dan jatuh perlahan-lahan.