Menanti Farish.. 30 minit, 45 minit. Sejam!! Mak Ai! lamenyer mamat ni! Bermekap ker? Bukan jauh sangat pun taman ini, selang 20 minit jer dari apartment kiteorang. Lagipun sekiranya Farish ada kat cafe, mesti lagi cepat kan!
Membara-baranya perasaan aku sekarang ni. Ikutkan hati, ingin sahaja aku beredar. Sampul surat ini akan aku masukkan sahaja ke dalam peti surat rumah Farish dengan nota kecil tertulis nama Danny. Senang je kan?
Tap. Tap.. tap..
Bunyi derapan tapak kasut yang kuat itu, mematikan niat aku itu.
‘Farish. awak tahu tak lama saya tung.........."
Dia memandangku, menanti aku menghabiskan ayatku yang tergantung.
Danny?? !! Apa yang dia buat kat sini??!!!
Danny?? !! Apa yang dia buat kat sini??!!!
“ Ha, apanye?” tanya Danny seolah-olah memang dialah yang aku nantikan.
“ Apa awak buat kat sini?”spontan aku menyoalnya kembali.
“ Kenapa? Tak boleh?” perti biasa menjawab soalan aku dengan soalan juga. Aku rasa aku dan dia perlu ambil balik BM SPM dan belajar bahawa soalan perlu dijawab dengan JAWAPAN. Dia mendekatiku.
“Cik Amyra, kalau yer pun nak date dengan Farish, sila jangan salah telefon yer. “
Eeehhhhhhhhh?????
Aku keluarkan kertas ronyok yang tertera nombor itu. Tu nombor Farish kan? Dia yang bagi nombor tu kat aku tempoh hari.
“ Ehh? Ni bukan no Farish ker?”
“Tu nombor sayalah...”
“ Eh? ? Yerker? Ehh..”
Takkan aku salah telefon? Entah-entah Farish beritahu Danny suruh Danny wakilkan dirinya.Boleh jadikan?Diorang pasti berpakat!Pasti!
“ Suka hatilah kalau tak percaya..”
Aku tidak mempedulikan dia,sebaliknya berniat ingin ke cafe Farish.
Farishperlu berikan alasan kenapa hantar buaya ni ke sini! Saat ini, orang yang aku tidak mahu jumpa adalah Danny.
"Cafe tutup hari ni. Farish balik kampung, jumpa neneknya."
Sekali lagi mengendahkan Danny, aku dail nombor telefon yang tertulis di kertas itu. Aku kena confirmkan dengan Farish. Impossible!
Serentak lagu Selene Gomez- a year without rain berkumandang kuat. Aku memandang tuan empunya telefon yang berbunyi itu.
“Hel...........lo..” jawab Danny. Sengihannya yang lebar panjang itu menyakitkan hati aku. Aku letak telefon.
Ok fine! Memang no dia, tetapi aku sangat sure Farish kenakan aku. Why! Semua orang nak kenakan aku! Why!!
“Hel...........lo..” jawab Danny. Sengihannya yang lebar panjang itu menyakitkan hati aku. Aku letak telefon.
Ok fine! Memang no dia, tetapi aku sangat sure Farish kenakan aku. Why! Semua orang nak kenakan aku! Why!!
Aku beredar untuk balik. Buang masa sejam kat sini!
“ Nak pergi mane? ‘
‘Balik.”
“ Balik? !! Awak tau saya bersusah payah untuk datang sini dari ofis kat kl tu.."
Dia mengekori ku.
“ Awak marah ke date awak dengan Farish tak jadi hari ni?”
Aku tidak mempedulikannya.Ya, aku sepatutnya tidak mempedulikannya sejak dari awal kami bertemu. Sekiranya aku ikut akal fikiran aku yang waras ni, mesti aku takde pening-pening melayan Danny dan permainannya! Apa maksud dia hari tu? Apa maksud 'awak' tu untuk soalan aku hari tu?
"Cepat-cepat blah.. Jauhi diri dari buaya nih. Dia akan mempermainkan kamu jer!" - berulang-ulang suara hatiku menjerit mengingatkan aku.
"Cepat-cepat blah.. Jauhi diri dari buaya nih. Dia akan mempermainkan kamu jer!" - berulang-ulang suara hatiku menjerit mengingatkan aku.
“ Saya bukannya date ok. Saya ada benda nak minta tolong Farish."
" Apenyer? "
" Takde kene mengena dengan awak."
" So it's a date?"
" No!"
" Then?"
Aku diam,teringatkan sampul surat yang tersimpan kemas dalam beg tangan ku yang erat dikepit bawah ketiak.
" So? It's a date.. hmm...kan?' dia masih mengesa aku mengaku.
" kenapa? What if it's a date? Awak bukan kisah pun.."
Dia senyum seolah-olah memang menanti aku jawab macam tu.
" Awak nak saya kisah ke?"
Upss!! Sekarang mesti Danny ingat aku sengaja nak date dengan Farish untuk sakitkan hati dia? No! Not at all! kenapa aku cakap camtu! Amyra stupid! Danny is nothing to me! Nothing! Tu pun susah nak ingat ke! Jauhi dia- selamat-. dekat dengan dia- dipermainkan.
Aku seluk beg tangan, membawa keluar sampul biru itu. Untuk elakkan dari dia fikirkan bukan-bukan, aku akan tamatkan perbualan dan pertemuan ini sekarang! Danish kata serahkan sahaja sampul tu, Danny akan faham.
"Mana awak dapat tu?"
Huh.. Danny tak tahu pasal ni ke? Jadi dia tidak tahu menahu yang si kecil Danish berjumpa dengan aku semalam?
" Semalam saya jumpa Danish, dia suruh saya bagi pada awak."
Riak wajahnya berubah serta-merta bila aku sebutkan nama Danish. Memandang sampul yang aku hulurkan itu lama dia buatkan aku rasa serba salah. Aku buat silap ke?
" Haishh... panasnya.. " tiba-tiba , dia berpaling dariku, menyingsing lengan baju tshirtnya, mengipas-ngipas badannya yangseolah-olah sedang hangat dipanas mentari. Sampul surat itu tidak diambilnya.
" Belikan saya air."
"Err..."
" Haish... panasnya.. " rungutnya lagi. Dia berdalih ke?
Aku masukkan surat ke dalam beg tanganku dan menuju ke Apek jual air minuman sejuk dalam ice box tidak jauh dari kami. Berdiri tidak jauh dari situ, aku dapat lihat dengan jelas Danny yang sedang duduk berteduh di bawah pokok. Dia sedang memandang jauh leka, seolah-olah ada yang menganggu fikirannya. Yang pasti wajahnya tampak muram. Aku tidak pernah nampak dia muram seperti ini.
Dan sinar matanya yang girang tadi tidak lagi kelihatan, begitu juga senyumannya.
Aku pegang dada yang terasa perit , sedih melihat dia begitu. Serius. Walaupun betapa aku ingin menjauhi dirinya, aku tak suka bila melihat dia begini. Ini tidak sesuai dengan imej Danny yang aku kenali.. Fun, sarcastic, playboy, funny and happy.. itu yang sesuai.
" 2.30. " tegur Apek itu . Aku hulurkan wang yang dipinta untuk harga sebotol air pepsi, kemudian menuju ke lelaki ini.
Dia berpura-pura senyum tatkala aku mendekatinya. Air pepsi yang dihulur, disambutnya lembut.
" Hey awak. date dengan saya hari ni."