Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 12 April 2011

Oh my ......!!

Tak dapat kahwin bakar rumah keluarga??


ALOR SETAR: Seorang pemuda nekad membakar rumah keluarga sendiri hingga musnah dipercayai selepas permintaannya untuk berkahwin dengan gadis pilihan tidak diendahkan keluarganya sejak sebulan lalu.

Dalam kejadian jam 12.15 malam kelmarin, lelaki terbabit, Mohd Khairi Mahmud, 28, dikatakan mencabut kepala tabung gas memasak di dalam rumahnya sebelum naik ke atas bumbung rumah dua tingkat dan mencucuh dengan api hingga menyebabkan kebakaran.

Difahamkan suspek pernah berkelakuan pelik apabila membakar semua pakaian kerjanya kira-kira dua hari sebelum pertunangannya.



Beliau berkata, sejak itu adiknya yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan beberapa kali meminta berkahwin tetapi keluarga mereka tidak mengendahkannya kerana kelakuan adiknya yang mengalami banyak perubahan.

Bagaimanapun, katanya, petang kelmarin Mohd Khairi meminta wang RM200 daripada ibu mereka, tetapi tidak dilayan menyebabkan adiknya itu berkurung dalam bilik.







“Dia kelihatan murung dan hanya berkurung dalam bilik serta tidak mengendahkan orang lain. Ini menyebabkan saya terpaksa membawa ibu keluar dari rumah kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

“Saya kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis pada kira-kira jam 9 malam dan tidak lama selepas itu, anggota polis datang dan memujuk adik saya untuk keluar tetapi dia memberitahu tidak mahu berunding dengan sesiapa,” katanya di sini, semalam.

Mohd Noor berkata, ketika anggota polis sedang memujuk adiknya, dia cuba memasuki rumah tetapi terpaksa keluar semula selepas terhidu bau gas yang kuat.

“Adik pernah menyatakan hasrat membakar rumah beberapa bulan lalu dan akhirnya menjadi kenyataan apabila dia berlari naik ke bumbung rumah selepas membakar rumah kami dan kemudian melompat turun sebelum menghilangkan diri,” katanya.

Berdasarkan maklumat awal polis percaya lelaki berkenaan mengalami tekanan jiwa tetapi tidak dikenal pasti puncanya.



waduuh.... tidak dapat kawen jangan dibakar rumah yer...

sumber berita harian online


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'