Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 5 Mei 2011

~Forget-me-not~5


“ Saya dah dapat kerja kat Syarikat Rasdhan engineering Sdn.Bhd. “ kata Airil sambil mengeluarkan bunga bewarna hijau yang sekali lihat seakan rumpai atau tangkai daun.

“ Hmm.. apa ke namanya nih.. lupala.”

“ Bells of Ireland. It’s for wishing you good luck..”  katanya mengambil bunga yang dimaksudnya itu dari pegangan Airil. Bunga yang diberikan pada Airil,  sebelum jejaka ini pergi interview tengah hari tadi.

" Congratulation...!!!
"Takde hadiah ke?"
" Err...."

" Apa err.. er... awak orang pertama yang saya beritahu tau.."
" .yerker?"!!"
" yerlah! Ingat saya main-main ke? Saya direct dari ofis ke sini tau..nak tunggu hadiah dari awak."

"err... saya tak beli apa-ap..."

Terhambur ketawa Airil melihat wajah cuak si gadis yang diacahnya itu. Cuak..

" Takdeler.. Acah jer." 
" ee.. jahat.. laen kali beritahulah awal-awal, telefon dlu ke.. barulah saya boleh belikan hadiah..." bebel si gadis yang kini rasa lega rupanya hanya dipermainkannya. 
" Kalau saya telefon awal, boleh la dapat hadiah nih?"
" yerler.. sayakan kawan awak.."

Airil merenungnya. 

" Hmm.. camtu saya nak hadiah..- A day with you... "
' huh?"
" Jom keluar dinner dengan saya, today.. .."

Dia senyum dan dengan rasa riang, pelawaan Airil diterimanya.

 ‘.Ahh!! . jap yer... ade benda tertinggal dalam stor. .. “

Pantas dia masuk ke bilik stor yang disediakan khas untuk pekerja di sini. Sementara menantinya, Airil memerhatikan bunga-bunga di sini. hampir semua spesis bunga Airil sudah kenali. Agaknya sudah berapa lama dia ke mari? 2 bulan , 3 bulan...


Airil tidak kisah semua itu.

Kerana hari ini...  Airil bukannya ingin berkongsi berita kejayaannya dengannya.

Ada sesuatu yang ingin diberitahu, lebih penting dari segalanya.

Ia jawapan bagi soalannya tempoh hari. 

Airil memetik sekuntum bunga bewarna ungu dari tangkainya.

Dan seperti takdir tertulis,pintu stor terbuka dan di depannya kini, dia berdiri mengadapnya.

Mata yang jernih miliknya itu merenungnya. Hatinya berdegup tidak keruan seperti setiap hari Airil bersamanya.

“ Awak... Saya dah jumpa bunga yang saya inginkan.. “ kata Airil seraya mendekatinya.

“ Lavendar violet...” bibir merah itu bersuara sebaik melihat bunga 'purple' itu di tangan Airil.



“ It means love at the first sight..  seperti saya pada awak “ bisik Airil.


Apa pendapat En.Airil?”

Airil tersentak., rupanya dia masih di bilik meeting lagi. Satu-satu wajah di meja persidangan ditatapnya  dan mereka semua, seperti biasa menantikan buah fikiran bernas dari dirinya.

Dia menjeling jam tangannya. 6.30 petang.


“ Ehmm.. pendapat saya...”Airil menyeluk tangan kirinya masuk ke kocek seluarnya, mencari pena untuk digunakan bagi menjelaskan konsep dan pendapatnya untuk strategi marketing kali ini.


Jemarinya tersentuh sesuatu yang lembut-
Yang tidak sepatutnya berada di koceknya.

Dia mengeluarkan benda itu.
Bunga clover putih..

....Malam ni, saya nak beritahu sesuatu kat awak, pukul 10 k at rooftop umah tau,..
Awak datang tau,mesti datang yer,, janji tau..

Di hatinya, dia sentiasa tahu  maksud bunga clover putih.


Ia adalah sebuah janji.





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'