Kakinya laju mengatur langkah pulang. Nafasnya tercungap-cungap mencuri nafas yang sesak akibat lariannya yang tidak berpenghujung ini.
Dia cancel kan semua meeting.
Dia abaikan semua temujanjinya dengan client.
Dia cuma ingin sampai cepat di situ. Di situ...di mana seseorang sedang menantinya..
Sampai di depan pintu rumah banglo 2 tingkat ini, Airil rasa berdebar. Debaran yang tanpa sebab.
Perlahan-lahan dia membuka pintu itu.Saat daun pintu itu terselak, semerbak bau wangi ros mencucuk deria baunya. Keliling rumahnya terhias indah dengan jambangan bunga ros pelbagai warna.

“ Airil???”
Suara yang lembut itu menyapa kehadirannya.Airil menoleh.
Di depannya, seorang gadis berpakaian dress labuh yang cantik. Tersepit sekuntum bunga ros hitam di sanggulnya yang kemas. Matanya kaku memandang Airil, tidak menyangka Airil muncul di depannya.
Airil mendekatinya, membelai pipi mulusnya.
“ I’m sorry..” bisik Airil lembut.
Mendengar itu, gadis itu menguntum senyuman dan tanpa banyak bicara, dia menarik manja Airil ke ruang makan.
‘ Saya dah sediakan makan malam..”
Airil memerhatikan makanan mewah yang terhidang di meja makan ini. Terasa seakan bertahun-tahun dia tidak berada di sini. Sudah lama dia tidak makan dengan di sini, menemaninya.
Sibuk,,,sibukk. Sibuk!!... hinggakan dia terlupa akan dia yang sentiasa menantinya di rumah ini.
Gadis yang menjadi suri dalam hidupnya.
“ Kenapa? Tak suka?” Airil geleng kepala seakan bodoh.
“ Saya tidak pernah sedar,... awak terlalu sempurna... .” luah Airil ikhlas.
Sekali lagi gadis itu menyembunyikan senyumannya yang malu dipuji begitu. Jemarinya menyisir ke tepi helaian rambutnya yang jatuh. Cincin bertahtakan berlian putih di jari manisnya, bersinar-sinar mencuri perhatian Airil.
Cincin yang menyatukan mereka , simbolik gadis ini menjadi permaisurinya.Airil memegang tangan isterinya ini, dikucupnya penuh rasa cinta.
“ ..hari ini, kita keluar yer.. . ” ajak Airil lembut.
Jam menunjukkan pukul 7.30 petang.
Airil mematikan telefon bimbitnya.
Hari ini,dia tidak ingin diganggu. Dia inginkan masa berdua bersama isterinya. Hanya mereka berdua..
Gadis itu mengangguk.
Di tengah meja makan, Airil merenung bunga tulip putih yang kelopaknya senyap-senyap berderai, layu jatuh di meja.