‘ Airil... aku tahu keadaan sekarang ni sukar bagi kau. I felt it too..but please talk to me...It’s been 3 months and i’m worry about you.. Call me.. please..”Mazlan
Message dari Mazlan di 'delete'nya
Jambang dan misainya yang tidak teratur, berserabai itu diusapnya. 3 bulan?huh..
Dia kini sedar,selama 3 bulan ini, setiap detik dia berdoa mengharap, agar semua yang berlaku hanya sebuah mimpi. Dan ia berlaku...
Hari-hari.. dia bangun dengan hari yang sama 3 bulan lepas.. Semuanya sama.. Dan dia kan terus terlupa realitinya.Terumbang ambing antara realiti dan fantasi.
Dia mengoyakkan kalendar yang kusam, masih tidak tertanggal sejak 3bulan lepas itu.
Semuanya adalah sempurna!!
Hinggakan...
Bunga biru yang hancur di tangannya direnungnya.
Mimpikah malam itu?
Dia turun ke tingkat bawah.. Rumah yang bersepah ini direnungnya.Kosong. Sepi.. seperti tuannya. Diluar, senja sudah mula mengajak tiba. Satu lagi hari yang kusam, berlalu tanpa dirinya.
Mengapakah dia kembali menghadapi realiti ini?? Haruskah dia mengingati peristiwa itu?
Kenapa tidak biarkanlah dia hanyut dalam mimpi ini!!... Kenapa mesti dia terjaga dari semua ini?!!
Dia mengatur langkah ke almari di dapur, dikeluarkan sebuah botol kecil terisi pil-pil bewarna putih.
Hidup dalam penafian adalah lebih baik dari menghadapi setiap saat tanpanya.
Hidup dalam penafian adalah lebih baik dari menghadapi setiap saat tanpanya.
“ Jangan lupakan saya..”
“ Jangan lupakan hari ini... “
Bisikan itu terngiang-ngiang di telinganya. Semakin lama semakin kuat.
Apa sebenarnya yang berlaku? Bagaimana dia boleh dapat bunga itu?
Dia tidak ingat..
Ahh.. dia tidak ingin ingat segalanya. Namun...
Dia menyimpan kembali botol itu , membatalkan niatnya, lalu kembali naik ke tingkat atas, dan saat itulah baru dia menyedari terdapat kelopak-kelopak bunga bewarna biru yang jatuh dari tangga ke tangga, terus menuju ke rooftop.
Dalam kekeliruan..Dia mengekori jejak itu. Membuka pintu ke rooftop yang tidak terkunci. Sebaik sahaja daun pintu diselak, aroma bunga yang wangi menyambut kehadirannya.
“ Bila masa?”
Bunga-bunga yang menyerlah dengan warna biru terang itu membuatkan dia terdiam.
Bunga-bunga yang tanpa jagaan ini dapat hidup dengan sebegini cantik..Adakah ini yang dimaksudkan ‘pertemuan di rooftop itu?’ adakah ini yang ingin ditunjuknya pada dirinya?
Bunga-bunga yang tanpa jagaan ini dapat hidup dengan sebegini cantik..Adakah ini yang dimaksudkan ‘pertemuan di rooftop itu?’ adakah ini yang ingin ditunjuknya pada dirinya?
Airil memetik sekuntum bunga kebiruan lautan itu yang dikenalinya ini.
Serentak angin senja bertiup kencang, membawa kelopak-kelopak bunga yang lain, terbang mengelilingi tubuhnya yang kaku merenung semua ini. Dia tergamam. Saat dia memejamkan matanya, dia ingat.
Hari ini dia ingat segalanya.. dan dia akan terus ingat kerana seperti bunga ini, dia juga tidak akan lupakannya insan yang dicintainya selama ini
“... Zahrah..”
Untuk pertama kalinya, Airil akhirnya dapat mengingati nama itu, jelas.. di fikirannya..
Air matanya mengalir... lebih tenang. Perlahan-lahan dia mendengar bisikan malam itu..
Air matanya mengalir... lebih tenang. Perlahan-lahan dia mendengar bisikan malam itu..
Lembut dan gemersik bisikan dalam mimpi itu
“ i forgive u, so live.....”
Bunga-bunga forget me not di situ berliang liuk lembut, kembali tenang, dan di wajah Airil terlukis sebuah senyuman yang bebas dari belengu kekesalan.