‘HuaaarrggHHHHhh!! “ selebar-lebar dan seluas-luasnya dia menguap, dengan mulut yang terbuka luas.
Selimut tebal bewarna biru hati diselaknya dan dengan masih lagi rasa mengantuk dia turun dari katilnya perlahan-lahan menyelak habis jendala biliknya, mempamerkan kawasan belakang rumahnya.
Langit kelihatan agak gelap menandakan pagi hari ini akan dimulakan dengan hujan rahmat.
Selimut tebal bewarna biru hati diselaknya dan dengan masih lagi rasa mengantuk dia turun dari katilnya perlahan-lahan menyelak habis jendala biliknya, mempamerkan kawasan belakang rumahnya.
Langit kelihatan agak gelap menandakan pagi hari ini akan dimulakan dengan hujan rahmat.
Sekali lagi dia menguap. Hari ini juga dia tidur dengan lena.
Dia mencapai blackberry Curve 3G 9300, melihat inbox nya kalau-kalau ada email penting dari pejabat. Sekeping nota kecil bewarna kuning yang terlekat di pasu bunga berisi bunga Peony menarik perhatiannya.
“ Morning!!Sleepy head...Dah bangun dah? Mesti tengah check email ni kan! Pagi-pagi dah fikir pasal keje.. grr.... :pMalam ni, saya nak beritahu sesuatu kat awak, pukul 10 k at rooftop umah tau,..Awak datang tau,mesti datang yer,, janji tau...P/s : Breakfast dah siap kat bawah.jangan lupa makan..
Airil tersenyum.. Nota kecil yang comel ini selalu menceriakan paginya.
Sekuntum bunga kecil bewarna biru terlepas jatuh dari tangan kirinya yang tanpa sedari,tergenggam kemas seawal tadi.
Bunga itu jatuh menimpa ke lantai.
“Bunga apa pula nih..” rungutnya, sambil mengutip bunga yang terjatuh.
“ Jangan lupakan saya..”
“ Jangan lupakan hari ini... “
Sekilas Airil terasa bingit di kepalanya, berdenyut-denyut urat kepalanya. Hatinya terasa panas, badannya seperti dibakar..
Dia jatuh..merengkuk memeluk tubuhnya yang terasa kosong.
Dia ingat...
Ya... Dia ingat semuanya.....
Semuanya.. Dia ingat semuanya.. nota pagi itu...skip breakfast hari itu.. deal hari itu.. lunch dengan Mazlan..
Semuanya berulang tayang dalam fikirannya..
Bunga itu.. peony.. bellflower.. janji itu..
“ Jangan lupakan saya..”
“ Jangan lupakan hari ini... “
Bisikan itu berulang-ulang di telinganya..Dia membuka matanya merenung biliknya yang kelihatan gelap. Tiada cahaya mentari yang masuk dari tingkap yang berdebu itu.Sejuk, dingin ...
Di meja dia kini dapat lihat dengan jelas, terdapat pasu bunga terisi bunga peony yang sudah kering layu dan memo kecil bewarna kuning yang sudah kusam... Tulisan yang tertulis padanya pun sudah hampir-hampir hilang dimakan masa.
Dia ingat...
Ya... Dia ingat semuanya....J
Airil menjerit sekuat hatinya... ditebalikkannya meja itu.. dibalingnya pasu bunga itu kena ke cermin tingkap yang berdebu.....
Tidak!! Tidak!!
Bunga di tangannya masih digenggam erat..
Kenapa!! Kenapa...!!!
Kenapa tidak biarkan aku begini... jerit hatinya.
Air matanya mengalir tanpa henti.. Dan kali ini dia tahu sebab air mata ini mengalir..
Hari itu... dia tidak pernah balik ke rumah. Meetingnya berlanjutan sampai pukul 8.00 malam.. dan memandangkan dia sudah terlewat, dia Cuma ingin tidur sahaja di ofis, menyiapkan proposalnya...
Janji itu.. .. dia tidak pernah pergi ke rooftop seperti yang dipesan.. kerana malam itu...
Dia mendapat panggilan telefon dari hospital yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke ofisnya.
Dia kehilangan isterinya di malam annivesarynya yang dia terlupa ..
Airil memejam matanya erat...
“ Biarkan semua ini mimpi... let me..forget..” bicaranya berulang kali, mengharap realiti ini bukannya miliknya.
Dia membuka matanya.
Sekelilingnya masih lagi suram...
Kaca masih lagi berderai pecah di kakinya..Ada darah-darah merah yang mengalir dari luka di kakinya.
Dan bunga biru itu masih berada di genggamannya. Hancur dan layu..