Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 27 Julai 2011

Pertemuan itu 3


Buat pertama kalinya, Jun minta cuti. Dia yang dikenali dengan gelaran 'gila keje' , 'workaholic' 'obses keje' dan 'mr.perfect', tidak pernah miss walaupun satu hari bekerja. 

Pernah sekali Jun sakit, dia masih ke pejabat. Dedikasinya terhadap kerjanya buatkan yang lain begitu hormat padanya. 

Namun, hari ini hampir satu pejabat jadi kecoh.. Siapa yang akan uruskan segalanya jika Jun tiada? Siapa yang akan sudahkan semua projek-projek bila Jun tiada?

Jun sedar itu.

Jadi dia mengemas barangnya, mengambil apa kerja yang mungkin boleh dibuatnya di rumah.  Meninggalkan memo pada setiausahanya sekiranya ada benda penting dan mengingatkan semua yang dia akan setia on kan handphone nya dan membaca emailnya. Sekira diperlukan, tiada masalah untuk mencarinya Semuanya diatur agar ketiadaannya tidak memberi impak negatif pada syarikatnya.

Maka semua kembali lega, senang hati kerana walaupun Jun tiada di ofis, Jun bukannya tidak dapat dihubungi langsung. Jun seorang yang penting, tunggak di syarikat ini.



Pada pukul 7 petang, semuanya sudah tersedia. Jun juga sudah bersedia untuk bercuti panjang. Dia merenung matahari yang kian condong dari tingkap pejabat  yang terletak di tingkat 15, bangunan ini. Di sini sudah lama sunyi, pekerja sudah kembali ke rumah masing-masing, meninggalkan Jun sendirian. 

Sambil memejamkan matanya, Jun mendengar degupan hatinya yang dari pagi tadi berentak laju. Walaupun sudah sehari suntuk dia cuba melakukan kerja sehariannya seperti biasa, degup hati ini tidak pernah reda.  Terus berdegup kencang., buatkan dirinya rasa tidak selesa, tidak keruan.

“ Gila! Aku dah gila ke!” kata Jun perlahan. 

Dia menarik nafasnya sedalam mungkin, menenangkan perasaan yang resah.

Di matanya, 
hanya terlihat wajah gadis itu-  yang menyembunyikan diri saat mata mereka bertemu. 

Di fikirannya, 
Peristiwa pagi yang indah itu berulang tayang.

Seperti mimpi, dia hanyut tidak terjaga.

Dan setiap memori itu, buatkan degup jantung ini makin kuat , hinggakan Jun rasa sukar ingin bernafas.. tersekat di hati.. rasa tidak selesa..

Jun bersandar di kerusi. 

“ Kenapa hatiku masih berdetak begini.. Apa tak kena dengan aku nih?.“ 
 
Berulang kali dia berbisik pada dirinya.. Apa yang perlu dia buat.. untuk hentikan semua ini..?? Ia menyeksakan... degupan ini...

8 malam, Jun keluar dari ofis, buat pertama kalinya dia balik awal dalam seumur hidupnya bekerja di sini. 

Pakcik Zai menegurnya sebaik sahaja Jun sampai di apartmentnya. 

“ Encik Jun balik awal hari ini?”

Jun memandang penjaga bangunan itu, dengan riak wajah yang terpinga-pinga, serabut.

“ Aku ingin mengenalinya...” Jun suarakan tekadnya sekuat hati, dan terus masuk ke lif.

Pakcik Zai terus terdiam, keliru.

## Gila! Aku seperti gila! Aku tertarik pada lelaki yang kali pertama ku lihat... mungkinkah ini akan menjadi sesuatu? Mungkin... ##- Yurin

previous 

next 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'