Yurin memeluk anak patung beruang pandanya seerat mungkin. Sambil matanya menonton cerita komedi di tv3, dia memikirkan lelaki itu. Sekali lagi.
“ Ahhh!!” rungut Yurin. Ingin sahaja dia berlari ke balkoni, mengharap lelaki itu berada di balkoni sambil memandangnya seperti pagi tadi. Namun, dia takut sekiranya, tidak.. hatinya akan kecewa, mengharap pada yang sesuatu yang tidak pasti. Ia menyeksakan.
Yurin masuk ke dapur, membuka botol milo, sediakan milo panas untuk melegakan hati dan perasaannya yang tidak keruan.
“ Yurin.. apa yang kau harapkan? Laki tu syok kat ko gak? Tak mungkinlah...”
Sambil mengacau milo panas,
“ Haishh... asyik fikirkan die jer.. Laki tu takde apa-apa perasaan pun padaku..”
Sambil meneguk milo panas,
“ Tak mungkin laki tu suka kat aku juga. Aku dan dia jauh berbeza... dia cam.. burung enggang yang terbang tinggi, megah di angkasa,aku Cuma pipit yang Cuma mampu memandangnya..”
Yurin menutup televisyennya. Jam di dinding baru menunjukkan pukul 10 malam, namun dia tiada mood untuk meneruskan menonton rancangan komedi yang dirinya tidak rasa menarik.
Sambil menyelimuti dirinya, dia merenung balkoninya yang tertutup kemas dengan langsir.
Sekali lagi dia memikirkan lelaki itu... Sekali lagi ~