Jun tidak sedar rupanya sudah 5 hari berlalu. Dia membaca kalendar yang tergantung di dinding sambil berkira-kira samada dia ingin kembali bekerja esok atau tidak.Namun bila terfikirkan yang dia tidak mungkin dapat menumpukan perhatian di pejabat, dia mengalah. Serba salah..
Semuanya kerana..
Kerana saat ini dia masih tidak mengerti perasaannya yang tidak keruan ini. Hati ini semakin lama semakin kuat degupnya. Mengelirukan dirinya.Membingungkan!!!
Semuanya kerana..
Kerana saat ini dia masih tidak mengerti perasaannya yang tidak keruan ini. Hati ini semakin lama semakin kuat degupnya. Mengelirukan dirinya.Membingungkan!!!
Jadi, selama 5 hari ini, dia bangun lewat berturut-turut, sengaja mengelakkan pagi itu. Pagi yang buatkan dia jadi begini.
Jun bangun, membersihkan dirinya. Saat air yang sejuk itu mengalir di tubuhnya, dia rasa segar.
Namun, hatinya masih bergetar~
Dia memakai tshirt hitam kegemarannya, dan menyediakan sarapan- omelette dan roti bakar disapu peanut jam, dan air kopi yang panas.
Hatinya masih berdegup kencang.
Hatinya masih berdegup kencang.
Dari balkoni yang terselak langsirnya, Jun dapat lihat mentari pagi yang baru ingin memunculkan diri.
Sambil menikmati air kopi panas, Jun merenung subuh yang kian menyinsing. Merenungnya hinggalah langit menjadi semakin cerah.
9 pagi,
Sambil menikmati air kopi panas, Jun merenung subuh yang kian menyinsing. Merenungnya hinggalah langit menjadi semakin cerah.
9 pagi,
Jun menyarung kasutnya, sedia untuk keluar.
Dia keluar dari apartmentnya. , bertegur sapa dengan Pak Cik Zai dan terus mengatur langkahnya ke....
Dia keluar dari apartmentnya. , bertegur sapa dengan Pak Cik Zai dan terus mengatur langkahnya ke....
Langkahnya mati.
Seribu satu perasaan gentar mengundang tiba, buatkan dia rasa tidak keruan, gementar.
Bagaimana dia boleh ke sini? Bila masa? – Satu persatu persoalan muncul di benak fikirannya.
Dia mengangkat tangannya ingin menekan loceng rumah ini, tetapi bila jarinya begitu hampir dengan loceng itu, dia menarik diri. Keberaniannya hilang. Gila! Apa yang dia buat ni!! This is crazy!!..
“ Aku tidak kenalpun siapa gadis itu... Kenapa boleh ke sini pula..?”
Dia mengenggam tangannya yang terasa seram sejuk. Dia lelaki yang tidak pernah gentar dalam sesautu, tidak pernah rasa takut, seorang lelaki yang berkebolehan, perfect boleh rasa begini?
Seperti seorang lelaki yang hopeless.. yang tidak ada perancangan.. tidak punya apa-apa...
Jun berpaling ingin berpatah balik. Baru beberapa langkah, hatinya berdegup kencang lagi. Menjerit-jerit sangat kuat; hinggakan hanya cuma meletakkan telapak tangannya di dada, getaran itu dapat dirasainya..
Dia tidak mampu sembunyi kan lagi perasaan ini.
Lalu, dia berpusing kembali, selangkah demi selangkah mendekati loceng rumah itu.
Lalu, dia berpusing kembali, selangkah demi selangkah mendekati loceng rumah itu.