" Past do create the way u now
It's worth to recall back"
Alisya memerhatikan lukisan di atas meja itu.. Lukisan struktur bangunan yang sememangnya dia tak faham. Kertas kerja itu dibeleknya acap kali.. Kan lebih bagus lukis lukisan yang macam biasa yang selalu dia lihat pelukis selalu lukis. Lukisan yang lebih berseni...
Alisya membelek kertas kerja itu lagi.. hmm... Lukisan nie terlalu complicated. Tak best r~!.
Lukisan itu diletaknya kembali di atas meja. Dia bosan.Mane semua orang? Dia memerhatikan sekeliling. Bosannya!!
Lukisan itu diletaknya kembali di atas meja. Dia bosan.Mane semua orang? Dia memerhatikan sekeliling. Bosannya!!
Satu keluhan yang kuat disuarakannya. Tujuan asalnya nak jumpa Neal, nak ajak Neal keluar dengan dia. Mungkin, Neal boleh tunjuk banyak tempat yang Alisya mungkin dapat ingat.Sekolah ke, taman permainan ke, dan mungkin dapat kenalkan Alisya dengan kawan-kawan dia dulu masa sekolah, takkan Neal je kawan dia kan? Kan?
" Awak datang sini buat apa?" tanya Neal mendadak.
Tiba-tiba aje dia muncul di belakang Alisya, macam hantu. Kenny yang mengekori dari belakang, memerhatikan mereka.
Tiba-tiba aje dia muncul di belakang Alisya, macam hantu. Kenny yang mengekori dari belakang, memerhatikan mereka.
Neal mengambil lukisan yang berada di atas meja itu. Lupa dia nak kemaskan malam tadi..
+ la.. lukisan dia ke…??
"Free tak hari nie? Tolong saya lagi yer. Hari tu saya dah ingat nama tempat tu..Ada perubahan tu! Mesti kalau awak bawa saya pergi tempat lain, saya dapat ingat ke… Contoh macam sekolah… Ha… Sekolah, mesti banyak tempat dapat saya ingat kan?"
" Awak jangan salah anggap. Kita bukannya rapat sangat pun. "
Terkejut Kenny bila Neal bercakap begitu. Cakaplah lembut-lembut sikit, ni menampakkan sangat yang dia tidak sukakan Alisya. Kesian pula budak perempuan nih.. ~
"Tapi, semalam awak…"
" Itu semalam. Tidak kena mengena dengan hari ini."
Alisya menjuih bibirnya. Kejam!! Neal ni tak bertimbang rasa langsung. Kalau nak tolakpun permintaanya, tolak ler lembut-lembut sikit, berkais-kais ke.. takdeler Alisya nak rasa saakittttttt hatiiiiiiii jer...
" Awak nie memang jahat. Jahat kejam ego. Mementingkan diri! hUH! . Dan lukisan awak tak cantik langsung! "sindir Alisya cuba menyakitkan hati Neal.
" kalau awak nak sakitkan hati saya, ia tak menjadi " balas Neal dingin.
Tanpa mempedulikan ALisya yang terasa hati dengannya, Neal membelek kertas kerjanya. Seolah-olah tidak kisah apa pun melainkan dirinya dan kerjanya. Dia terus membuka komputer ribanya.
Alisya pula yang sakit hati mendengarnya!!Ingatkan mamat nie lain , semalam dia nie lain.. huh, memang Alisya dah salah anggap.. Mamat nie tak boleh harap. Kenapalah dia boleh minta bantuan dari lelaki berhati batu macam Neal.
" Takperler, saya boleh jalan sendiri. Lepas tu kalau jadi cam hal semalam, awak bertanggungjawab. "
rungut Alisya masih tidak berpuas hati. Sambil itu, dia melangkah hendak keluar dari rumah bujang ini. Dari lepak di sini, baik dia keluar bercakap dengan kucing pun tidak menyakitkan hati macam ini. Sekurang-kurangnya kucing comel tak macam Neal.
rungut Alisya masih tidak berpuas hati. Sambil itu, dia melangkah hendak keluar dari rumah bujang ini. Dari lepak di sini, baik dia keluar bercakap dengan kucing pun tidak menyakitkan hati macam ini. Sekurang-kurangnya kucing comel tak macam Neal.
" Saya dah beritahu makcik pasal hal semalam, jadi awak tak dibenarkan merayau-rayau lagi . Jadi jika ada apa-apa berlaku, saya tak bertanggungjawab atas kedegilan awak tu."
Zupp!! CIs ada sahaja yang Neal nak balas apa yang dia cakap. Lelaki ni... Lelaki ni... ARghhh!!!
Mulut laser, berlagak!!
Alisya malas nak duduk lama-lama di sini. Buat sakit hati sahaja....... Sambil menjeling pada Neal yang sedang tekun dengan komputer ribanya, Alisya bergerak untuk keluar dari rumah bujang ini. Menyesal dia datang ke sini.
" Hentikan sahaja pencarian awak tu. Kenangan tak akan bawa awak ke mana-mana. Ia tak bermakna untuk diingati. Ia cuma satu perkara yang sudah berlalu."