Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 5 Ogos 2011

Berikanku jawapan 20


Alisa berdiri merenung ke luar jendela. Fikirannya kusut. Dah masuk hari ke-4 dan dia langsung tidak dapat contact Neal. Banyak kali dia cuba menelefon Neal dan setiap kali  itu juga suara operator menjawabnya. Kenapa talian Neal tidak ada dalam panggilan? Neal ada kat mana sebenarnya?

" Lis? You  nak gi mane nie?" tanya Rachel saat melihat Alisa cepat-cepat mengambil kunci keretanya.

"I nak report polis ! i'm worry, maybe something happened to Neal..." kata Alisa resah. Rachel hanya mengeleng kepala melihat kelakuan sahabat seuniversitinya ini. Tak keruan minah nie...


" Maybe dia ada kat kawasan yang no coverage. Lagipun, kan Mr. Chan kata Neal and  Kenny pergi kawasan luar bandar untuk projek diorang. Come on Lis... Don't worry too much.."

Alisa membisu, masih tidak bersetuju dengan pendapat Rachel.

" Don't worry k... Why you need to worry? "Rachel mendekati Alisa, dan bahu sahabatnya itu dipegangnya lembut. Cuba menenangkan kerunsingan di hati Alisa.

" .He's already yours. U takut dia cheat ke? Trust me, he's not that type.But if you talk about Kenny, he is!"

Rachel mengajak Alisa duduk, tenangkan diri.
" Kenyataan yang tak dapat disangkal lagi ialah Neal cintakan Alisa. Noktah! You are one lucky girl,dear" pujuk Rachel lagi. Kali ini Alisa terasa lebih yakin. Ya, apa yang perlu dirisaunya? 

" Aku takut kalau 'projek' ini cuma satu alasan untuk dia larikan diri dari aku."
" Kenapa ?..." Rachel memandangnya pelik. 


Well, sesiapapun akan rasa pelik..Neal? Come on, he's the most gentleman ever.Tak pernahpun Rachel lihat Neal meninggikan suara pada kaum wanita. Malahan di antara semua teman-temannya, Neal adalah lelaki paling perfect dia kenali. Lelaki idaman malayalah. Kenapa pula Alisa nak rasa insecure? Neal bukan cam Kenny~

Tapi bila memandangkan wajah Alisa yang serius tu, andaian itu Rachel abaikan. Mungkin betul kot.. Biasakler couple.. lagipun dah lama gak Alisa dengan Neal, sejak form Four. Adakah mereka sudah bosan antara satu sama lain? Tak mungkin. Takde tanda-tanda pun hubungan mereka retak? lagi romantik adala!

'' Rach, kami bukan cam pasangan couple yang biasa. Everything is just tooo.. perfect. Tooo nice.. tooo romantic, too in love..."

" Whiner the winner. Okeylah tu.. you nak dapat lelaki yang ganas? brutal? no affection .. tu bukan cinta namanya..."

" Dia pernah merungut? dia pernah sakitkan hati kau? Dia pernah buat kau nangis? Dia ada marah-marah? "

Alisa geleng.

" So that's means he happy now with you. He loves you. Dia sanggup buat apa saja untuk you. So stop worry."




Alisa mengeluh.. Dia tak tahu nak cerita macam mana. Dia tak tahu sama ada ni perasaannya sahaja ke atau memang realiti.. Dan sebab itu, dia tak pernah berbincang hal ini dengan sesiapa.. Even dengan Rachel-sahabatnya sendiri. Dia ada rasa yang Neal...

"Rachel can we talk another time.. I want to rest.."

Rachel menggangguk dan terus keluar. Kadang-kadang dia pelik dengan Alisa nie.. Banyak sangat masalah. Lepas tu tak nak bincang laks tu..Namun, yang pastinya  Alisa terlalu sayangkan Neal tu.. Sampai fikir yang bukan-bukan...

Bila Rachel beredar, Alisa termenung di katilnya.. Kenangannya dengan Neal tempoh hari bermain di fikirannya....



" You  talk with my dad already?"
"hmm... yesterday..." balas Neal, lembut.

Alisa sukakan suasana macam nie.  Hanya dia  dan Neal. Together-gether~  Hmm... Perfect!!..

Dia menyedut ice teanya dengan tenang, sambil diperhatikan Neal.

" So?" tanya Alisa tiba-tiba.
"so?"
" I heard from my dad yang you tolak tawarannya. Mungkin kata-kata my dad kasar sikit, cam overprotected skit,  tapi.. "
" He loves you." potong Neal. 

Alisa mengangguk.
"Yerp.. too much. Tapi he only think the best for me. You kan tahu I satu-satunya anak dia and dia perlukan seseorang untuk take over his bussines. Now he have one."
 " Me...?"
" yeah, the man i love... You taukan yang I sanggup buat apa saja untuk you.. " 
" i know..."

Alisa dan Neal diam seketika. Sambil memerhatikan Neal mengacau kopinya, berlagak begitu tenang, Alisa sekali lagi menyuarakan pendapatnya.

" I cintakan you Neal. I want to share everything i have with u.. Neal.. Everything!!. But at the same time, i love my dad too and  "

" Whatever yang dia buat, he do it for me.. And what he offer , is for our future, for my happiness"

Neal masih membisu. 


" Bukan I kata i'm not happy with you. I am! Just.. i hope you just.. think about it- the offer.."
Alisa menghabiskan bicaranya dengan mengenggam lembut tangan Neal.

Sekali lagi suasana sunyi di antara mereka berdua.

" Awak nak saya buat apa tentang ini?  "

Alisa tergamam. Tak sangka Neal akan bertanya begitu. Walaupun suaranya lembut dan tiada langsung nada marah padanya, Alisa rasa serba -salah. Serba salah sebab dia mahukan Neal menerima tawaran ayahnya.

Keje kat arkitekture tu memang bagus, tapi Neal kena ada status dulu, kena succes dalam bisnes, kena dikenali !Y ang penting mesti ada jawatan tinggi agar daddy tak malu nak bermenantukannya. 

Bukannya Alisa tidak suka Neal terus jadi arkitek. Neal pun dah bina nama dalam bidang ini. Banyak pengiktarafan yang Neal dapat, kalau pasal duit, Neal juga berharta. Tiada yang kurang. Malah dia mencintai Neal seikhlas hati, sejak tingkatan 4 lagi. Status bukan masalahnya

Namun sekiranya Neal masih kekal dengan status arkiteknya, walaupun berjaya, daddy pastikan takkan benarkan Alisa terus bersama dengan Neal. Daddy mahukan seseorang untuk meneruskan empayar bisnesnya, seorang yang perfect- seperti Neal.

Jadi apa yang mesti dia cakapkan pada Neal?  Adakah Neal akan ikut pendapatnya? Seperti selalu?

Daddynya kata Neal agak berang dengan hal semalam..Walaupun, Neal menolak dengan lembut pelawaan daddynya, tapi daddynya kata Neal tegas dengan pendiriannya. Malahan, suaranya agak tinggi semasa menerangkan keputusannya.. Dia betul-betul muktamad.

" I want u to accept the offer.."

Alisa menyuarakan pendapatnya yang mungkin mementingkan diri sendiri, tapi ini semua untuk kebaikan Neal. Neal takkan rugi apa-apa dan dia akan sentiasa setia  berada di sisi Neal. 


Tiba-tiba  Neal mengambil tangan Alisa dan menciumnya lembut. 

" then. It is a Yes..." jawab Neal sambil tersenyum manis. 


Senyuman paling ceria dan gembira pernah Alisa lihat, buatkan Alisa rasa macam nak melompat sahaja. Ini adalah perkara yang paling baik sekali hari ini!!  Neal tak pernah menghampakannya. Tidak pernah buat dia bersedih. Sentiasa mengembirakannya. Buatkan Alisa lagi falling in love.. deep.

"  i akan suruh daddy jadikan i , your setiausaha tau... " janji Alisa. Kegembiraan yang terpancar di wajahnya buatkan Neal ketawa kecil. Tidak menyangka yang persetujuannya ini mampu buatkan kekasihnya begitu ceria.

Tangan Alisa dilepaskannya lembut.

Neal meneguk air kopinya, tenang. Setenang keputusan yang diluahkannya tadi.  
 
"I Love You!! I Love You so much!! .." kata Alisa. Rasa macam nak menjerit ajer pada satu dunia betapa dia mencintai Neal.. 

Demi dirinya, 
Neal sanggup tinggalkan kerjanya yang memang diminatinya dari dulu..
Demi dirinya...

Seterusnya mereka berbicara dengan perbualan topik lain . Yang pastinya Alisalah yang paling banyak berceloteh dan  Neal hanya membisu,  mendengar dengan khusyuk pada Alisa. Mereka ketawa, bergurau senda dan saling usik mengusik seperti pasangan kekasih yang lain, yang kekadang menimbulkan kecemburuan pada yang memerhatikan.

" I akan  beritahu daddy tentang nie, he's going to be so ... surprise! Thanks dear "

"I love you. " bisik Alisa, mengucup pipi Neal dan terus beredar. Dia dah lambat untuk party malam ni di rumah Rachel. Sepatutnya dia bertemu Rachel kat pavillion untuk ambil baju yang mereka tempah di butik, setengah jam lepas. Namun disebabkan rasa gembira sangat, dia hampir terlupa temujanji itu. Ahh.. Rachel akan faham. Biasaler orang tengah dilamun cinta  ^^

Baru beberapa langkah, Alisa teringat yang dia tertinggal sunglasses di meja tadi.  Jadi dia berpatah balik dan bila dia kembali pada Neal, hatinya berdegup kencang...

Pandangan itu.....


Alisa terjaga .Dia melihat jam di dinding. Pukul 9 malam.. Dia tertidur kah? BErmimpi tentang itu.. Pandangan itu..

Ya, jelas di ingatan Alisa, saat dia berpatah balik, dia dapat lihat Neal  yang duduk sambil merenung langit yang membiru.  Nampak seperti Neal sedang menikmati keindahan alam atau mungkin cuba menenangkan fikiran, namun...

Kesayuan di pantulan mata yang seakan-akan cuba disembunyikan itu,buatkan Alisa terkesima. Dia tidak  suka pandangan itu! Dia benci! Benci!

Pandangan yang dingin dan sepi itu..Kaku seperti salju.. Seakan kosong.
Bukan sekali dua dia ternampak itu..Malahan sejak hari pertama mereka declare yang mereka bercinta dan sejak kali pertama Alisa bertemu Neal dan jatuh cinta. Alisa sedar semua ini. Kemuraman itu, - Adakah Neal tidak bahagia?
Tak mungkin! Dah bertahun-tahun mereka bersama, Neal tidak pernah sekali pun menyatakan yang dia tidak bahagia. Malahan mereka sudah hampir ingin berkahwin... tak mungkin... Semua ini cuma mainan perasaan sahaja. Dia cuma berfikir yang bukan-bukan.


Neal memang begini. Misteri dan menyendiri sejak dari dulu lagi, bukan?

Namun jika Neal betul-betul mencintainya, pandangan itu sepatutnya dah lama lupus .. Pandangan tu tak patut wujud.. Mengapa mesti dia lihat lagi pandangan yang sunyi itu?? Kenapa!! ??

Neal bahagia dengannya!!.. Neal sedang bahagia dengannya!! Semua orang tahu itu kerana ia sememangnya kenyataan.!!

Alisa bangun. Dia rasa nak mandi dulu untuk membuangkan semua perasaan dan teka teki ini.. Dia tahu Neal mencintainya.... takde orang lain selain Alisa di hati Neal. 

Alisa bergerak ke bilik air, membasuh mukanya. 

Alisa benci pandangan dingin dan sunyi itu.. Benci kerana ia membuatkan Alisa terasa terasing dari Neal...
Seolah-olah, Neal tidak pernah bersama dengannya...

Dan ...

Ia seolah-olah, hati Neal tidak membenarkan dirinya masuk ke dalam hatinya.

Adakah hati Neal sememangnya sudah terkunci sejak dari awal lagi?



' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'