Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 4 Oktober 2011

Berikanku Jawapan 26


Neal membiarkan wajahnya dipancari sinar matahari.Matanya erat dipejam dan nafasnya teratur tenang menyedut udara yang segar ni..Dia mulai rasa ngantuk dan hatinya mula mengodanya untuk tidur.

"Awak takkan nak baring ajer satu hari kat sini?  " tegur Alisya mengejutkan lamunannya. Dia memandang Alisya yang sedang mencuka wajahnya.

Wajah itu ditatapnya lama dan perlahan-lahan matanya  kembali berat . Dia memejam matanya, melayan khayalan yang menuju ke alam mimpi.

Alisya mengetap bibir, rasa geram berbulu-bulu dalam hati. Lelaki ini memperlekehkannya,  seolah-olah kehadirannya tidak wujud di sini, tidak diperlukan di sini!. 

Jadi apa sebenarnya niat Neal ?  Apa niat Neal bila muncul di rumahnya tiba-tiba dan terus mengajaknya keluar?? 


  " Ikut saya keluar."
  
Mana janjinya bila dia cakap...


"Saya cakap sekali sahaja. Saya akan bawa awak ke tempat-tempat masa kite kecik dulu... Mungkin awak akan dapat ingat sesuatu.. "

 Alisya mengalihkan pandangannya pada langit yang membiru kemudian matanya beralih pada Neal yang sedang lena itu. Wajah lelaki ini begitu tenang, begitu suci bila berada di sini. Kenapalah lelaki yang sesempurna ini tidak menyukai dirinya? Apa salahnya? Sekali lagi perbualannya dengan Neal berulang tayang.


"Kenapa awak tetiba berubah nie? Peliknya.. "
"Awak tak suka ke?"

Melihat Alisya mendiamkan diri, Neal mendekati gadis itu.
 

"Walaupun awak tak suka, or apa-apapun, saya tak nak ambil peduli seperti mana saya tak pernah peduli pasal awak. Understand?  So suck it up, you WANT me to help you, i'll help then i'll leave. END  "







"Kalau nak tidur baik awak balik umah je ler..." 

Rungutannya nampaknya tidak memberi apa-apa impak pada lelaki bernama Neal ini. Dah tido ke? ~

Alisya memarahi diri sendirinya. Kenapalah dia terima pelawaan  Neal yang terang-terang membencinya? Kenapa? Why?? lelaki ini cuma ingin menderanya uwaaaaa....

Matilah kebosanan dia di sini. ~ T.T


Tiba-tiba Neal membuka matanya. Terkejut Alisya bila saat itu dia sedang merenung Neal yang diingatnya sedang tidur. Mata mereka bertemu dan Alisya terasa getar di hatinya.

"Kenapa?"

Pantas Alisya geleng kepala. 


Neal bangun dari tempat beradunya dari tadi..Dia menyelak rambutnya lembut..Kemudian mengalihkan pandangannya pada Alisya. Pandangannya yang begitu lembut itu mendebarkan Alisya.

"Kalau awak nak cakap apa-apa baik awak cakap.."

Alisya membisu.  Sebenarnya banyak benda yang dia nak cakap pasal hari yang membosan kan nie! Hakikatnya Neal tak membantu apa-apa langsung. Ya, memang betul Neal bawa dia pergi sekolah lama, taman permainan, sekolah tadikanya, tempat makan, kedai mainan... Tapi yang dia bengangnya....Neal macam tak ikhlas ajer...

'Nah, nie ler sekolah awak time kecik-kecik dulu..."
"ohh..."
" Awak sekolah sini sampai darjah 6. Lepas tu awak sek.asrama..ni kelas awak.."

Alisya memandang kawasan sekolah rendah yang meriah dengan kanak-kanak tu..

"Awak sekolah sini juga ke? Awak kelas mana?"
" Awak tak ingat ape-ape kat sini kan? Jom pergi tempat lain pula." 

.
Begitulah dari satu tempat ke satu tempat. 
Dan Alisya perasan setiap kali dia bertanya tentang kisah lampau Neal, akan mengubah topik, seolah-olah mengelak dari memberi jawapan.  Neal seolah-olah tak mahu mengingati apa-apa tentang masa lalunya... Macam ada dinding yang tak membenarkan Alisya mengenali Neal yang dulu dan juga yang ada di depannya sekarang nie..

" Dahlah , jom pergi"! Neal bangun dari baring, memgipas rumput-rumput yang melekat di bajunya dan terus beredar. Tidak peduli samada Alisya mengekorinya atau tidak. 

Neallah  tourist guide yang paling menjengkilkan! 

Nak taknak, Alisya cuma mampu mengikut. Dia takde mood nak bertekak dengan Neal.  





previous     

next

                               


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'