Hujan dah berhenti.. Hmm... Sejak akhir-akhir ni, tempat nie asyik hujan ajer... Dah 2 hari berturut-turut, setiap hari hujan.. Lebatlak tu...
Alisya menguap... Hujan-hujan camnie buat dia sengal-sengal badan, malas nak bergerak dan hanya tahu membuta sahaja. Alisya bangkit dari katil dan bergerak lemah turun ke tingkat bawah...
"Huaaaaaaaaaaaa......" Dia menguap sekuat hati. Syoknya tidur...
"Selamat pagi.."
Alisya cepat-cepat menoleh pada suara itu... Suara asing yang tiba-tiba ajer menyapanya sebaik sahaja dia lalu di ruang tamu untuk menuju ke dapur.
"Neal!" terkejut Alisya dibuatnya.
Alisya mengosok matanya banyak kali. Mimpi? Mungkin mimpi?
xOxO ( Beberapa Jam sebelum itu)
Neal merenung hujan yang turun dengan lebat itu. Perasaannya tidak tenteram hari ini. Dia membiarkan sahaja laptopnya terbuka. Malahan, air kopi yang dibuatnya tadi langsung tidak disentuhnya...Dia asyik merenung ke luar beranda..Hujan semakin lebat turun...
Apa yang dia fikir nie..!!
Neal mengeluh...
Tak tahu sejak bile perasaanya tidak tenteram. Segalanya serba tak kena.. Sekali lagi dia mengeluh...
Fikirannya melayang pada Alisya.. Perempuan tu buat dia tak senang duduk.. Kenapa mesti diri dia yang Alisya cari? Kenapa?
Kemunculan Alisya buat dia tak tenteram. Itu kenyataanya.. Dia sendiri tak faham.. kenapa mesti Alisya yang menganggu pemikirannya saat ini..
" Kau ada kehidupan kat sini Neal. Ia berbeza dan banyak mengubah kau . And aku rasa Neal yang sekarang lebih baik dari dulu. Just think about it, kau sendiri akan sedar tentang itu"
Yer, memang betul dia ada kehidupan kat sini. Tapi itu satu kisah lama.. Kisah masa dia masih kecil.. Kenapa semua orang nak mengungkit kisah lama? Dan kenapa pula dia nak sibuk-sibuk fikirkan balik yang kata-kata Kenny itu kemungkinan betul?
Dia tak suka mengingati hal-hal lama.. Dia bukan jenis yang memandang ke belakang..
Apa yang dah berlaku, sudah berlaku, The end! Itu prinsip yang dipegangnya sejak..
Neal mengusap rambutnya. Hujan yang lebat nie betul-betul membuatkan dia rasa dingin. Dia memeluk tubuhnya yang terasa gigil.