Achoo! Alisya mengosok-gosok hidungnya yang gatal tu sambil menolak basikal yang terputus rantainya tadi. Nie suma salah Neal lah nie.. Adaker jalan satu kampung nie dengan naik basikal tahap nazak nie. Tak ke semput jadinya??
" Jangan nak salahkan saya. Awak juga yang rosakkan motor saya hari tu."
Sindiran Neal itu seakan tahu sahaja yang Alisya sedang mengutuk lelaki ini di dalam hati.. Ada kuasa psikik ker? Ceh, Alisya memuncungkan bibirnya. Menyampah dengan Neal yang sentiasa ajer menyakitkan hatinya.
Alisya berhenti sekejap sambil membetulkan kasutnya yang macam nak haus berjalan nie .Neal pula tidak mengendahkannya. Malahan langkah Neal semakin laju la pula.Tak berhati perut langsung.!
Selesai mengikat tali kasut yang tertanggal, Alisya pantas mengejar langkah Neal yang semakin jauh.Takut terhilang macam tempoh hari.
" Awak...." kata Neal. Langkah mereka berdua terhenti. Neal yang masih membelakangi Alisya teragak- agak meneruskan percakapannya.
"Awak .. tak banyak cakap hari nie."
Neal menghabiskan kata-katanya. Dia berpaling mengadap Alisya.Mata mereka bertentang.
Neal menghabiskan kata-katanya. Dia berpaling mengadap Alisya.Mata mereka bertentang.
" Awak jugak yang tak suka layan saya hari tu kan?" kasar Alisya membalas pertanyaan Neal itu. Mamat ni sekejap kata dia annoying kemudian sekarang nak suruh dia bersikap riang ria kanak-kanak rebina pula ke?
Neal tersenyum..Kelakar ker?!!
Neal tersenyum..Kelakar ker?!!
Neal tiba-tiba mendekatinya dan saat itu, tubuh Alisya terasa seram sejuk. .. apa pulak kali nie? Apa...
Jemari Neal menyentuh kepalanya dan menolak jatuh daun kering yang tanpa sedar sudah lama berada di atas kepala Alisya. Neal senyum padanya...
"Awak ni sangat selekeh. "
Baru ajer Alisya nak membantah, seorang lelaki tiba-tiba mendekati mereka.
"Neal kan?! Ha.. betullah.. Kau Neal kan? "
Perhatian mereka kini tertumpu pada lelaki berbaju kemeja putih di depannya ini. Neal merenungi lelaki ini lama, cube mengecam lelaki ini.
" Aku lah.. Boy..yang suka lepak dusun pak Abu dulu tu!"
Oh! Boy!.." balas Neal lembut, baru teringatkan teman sekampungnya yang dah lama tidak ketemu. Lain benar wajah ketika kecil dan dewasa kini.Mungkin sebab dirinya sudah terlalu lama meninggalkan tempat ini, hinggakan kenalan sekampung hampir tidak dicamnya.
Mereka berjabat tangan. Boy memandang Alisya kemudian beralih pada Neal. Boy senyum.
Mereka berjabat tangan. Boy memandang Alisya kemudian beralih pada Neal. Boy senyum.
" Korang ni masih macam dulu..."