Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 14 November 2011

Berikanku Jawapan 28



Boy menumbuk budak lelaki berusia 10 tahun itu lalu budak lelaki itu tersungkur menyembah bumi. Dia mendekati budak itu dan berulang kali menendangnya diikuti dengan gelak ketawa. Kawan-kawannya turut melakukan perkara yang sama terhadap budak lelaki yang muda 2 tahun dari mereka.

"Tu lar! Padan muka ko!.. " katanya puas hati.
Namun sebaik sahaja mereka ingin meninggalkan budak itu, sekali lagi budak itu bangun mengadap mereka. 

Pandangan matanya tajam tanpa rasa takut itu membuatkan Boy terasa bertambah geram.

"Aku takkan tinggalkan dia! " kata budak lelaki itu sambil merenung mereka.Walaupun kepalanya berdarah, bibirnya pecah,dia masih mampu mempertahankan semangat dan ketekadannya.

Budak lelaki itu dibelasah oleh mereka tanpa belas kasihan sekali lagi. 

"Aku takkan.. .. Aku takkan... " berulang-ulang perkataan itu disebut budak lelaki itu. Tubuhnya meringkuk memeluk perut yang terasa senak ditendang.

Boy menarik nafasnya dalam-dalam.  Semua ini betul-betul mencabar dirinya. Budak nie bodoh ker?!!

"Kenapa? kenapa nak teruskan? Bodoh!" jerit Boy dalam hati. Dia pelik dengan budak ini. Kenapa? Bodoh sangat!!


Boy merenung budak lelaki yang berdiri di depannya ini. Budak nie sanggup dibelasah sebegini semata-mata kerana seorang budak perempuan berusia 8 tahun yang dia sendiri tak kenal.Lebih-lebih lagi pandangan matanya yang tajam itu. Mata yang begitu berani tegas dan penuh keyakinan.Pandangan mata yang membara..

Boy tahu, walau apa jua cara yang dibuatnya, budak ini takkan mengubah pendiriannya. 

Tidak jauh,  seorang budak perempuan berlari mendapatkan budak lelaki yang hampir rebah itu. Air mata bergenang di matanya..Nyata, budak perempuan itu menangis sepanjang perjalanan ke sini.

" Neal......" esaknya sebaik sahaja mendekati Neal yang sedang terlantar di tanah, menahan sakit. 

Dalam keadaan lemah, budak lelaki ituengesat air mata yang mengalir dari budak perempuan itu.Bibirnya menguntum senyum.

Dan Boy tahu, senyuman itu begitu indah seolah-olah mentari yang bersinar. Begitu suci dan tenang... 

dan
 Ia hanya untuk budak perempuan itu.

" Jom Blah!" 


Boy beredar dan kawan-kawannya  mengikutnya, terpinga-pinga, kerana tugas yang diberikan tidak disempurnakan.

" Tak nak habiskan budak tu ke?'
"Aku tak dapat nak habiskan budak tu... "
" Tapi nanti dia tanya camne?" 
" Aku tak peduli.. Dia kena cari orang lain."

Boy tahu ada sesuatu yang istimewa dalam persahabatan budak-budak itu. Dan dia tahu 'orang' tu sedar semua itu dan kerana itu mereka diupah untuk memukul Neal...

Hari ini, jauh di hatinya, .entah kenapa Boy berharap persahabatan istimewa itu terus berkekalan.

Mungkin kerana senyuman itu

Senyuman yang hanya dimiliki oleh budak perempuan itu.. Budak perempuan yang bernama Alisya.


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'