Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 16 Februari 2012

Berikanku Jawapan 28.5



Boy tersentak dari kenangan lama itu. Kenangan yang memperkenalkan dia akan kewujudan Alisya dan Neal.

Dia memandang Alisya yang sedang melukut di tepi meja sementara Neal asyik membetulkan rantai basikal yang terlonggar.

Alisya menguap.. Lamanye mamat nie betulkan rantai basikal. Macam tak reti ajer..(-__-")

Boy mendekati Neal.
" Macam ni hah.." kata Boy.  Dia mengambil alih tugas Neal.. 

Alisya senyum sinis.. Betullah Neal tak reti ~~

Hanya dalam masa 10 minit, basikal itu siap untuk digunakan semula, lalu Alisya menghulurkan tuala smiley yang tersadai di atas meja kepada Boy.

" Masih ronda-ronda kampung dengan basikal lagi? " kata Boy sambil mengelap tangannya yang kotor kesan gris dari rantai basikal.
" Huh?" tiba-tiba sahaja Boy bertanya begitu. 

" Yang bezanya sekarang 2 basikal, dulu korang satu basikal ajer.. Neal bawa basikal , kau bonceng belakang... dah lama sangat tak nampak macam tu.." kata Boy lagi kali ini dengan sengihan yang panjang.

Bayangan Alisya yang memeluk teddy bear dan Neal yang mengayuh basikal jelas terbayang di matanya. Gelak ketawa mereka dan muka cebik Alisya apabila Neal berhenti mengayuh, juga mengetuk memorinya.  Waktu itu tak salah Neal dalam usia 10 tahun dan Alisya dalam usia 8 tahun.. Huh, dah lama sangat..

Apabila Alisya cuma merenungnya, Boy rasa pelik.

" Awak kenal saya ke?"

Boy merenung Alisya. Soalan apakah ini? Kenal? Tentulah kenal.. Pelik betul budak ni..

Boy menoleh pada Neal yang langsung tidak ambil peduli hal mereka berdua. Dia sibuk membersihkan tangannya di sinki. Sedikitpun tidak kisah..

"  Awak tak kenal saya ke?"giliran Boy pula meneka. 

Wajah Alisya terus naik ceria. Lelaki ini mengenalinya la macam ni. Haha, at least, ada orang selain Neal yang kenal dirinya.

Tanpa lengah  Alisya laju menjelaskan keadaannya dan situasinya kini pada Boy yang hanya terlopong, seakan tidak percaya. Ambil masa jugalah Boy untuk menerima semua ini, namun apabila memahami situasi itu, dia mengangguk mengerti.

"Ceritakanlah  hal ronda-ronda basikal tu.."

Boy ketawa kecil. Permintaan itu seakan-akan begitu kebudak-budakan.Apa yang dia nak ceritakan? Dahulu, dia cuma memerhatikan mereka dari jauh sahaja.. Ya, cuma memerhatikan sahaja.

"Suruh saje Neal cerita.. kan dia tengah bawak kau berbasikal skrang? Dia takde ceritakan apa-apa ke?"

Alisya mencebik.. Nak ke neal ceritakan? Dia tak mention apa-apa pun pasal benda ni.. Takkan hal mcm tu pun ...

Neal tiba-tiba mendekati mereka... berdiri betul-betul di depan Alisya...

Kemudian perlahan-lahan mengusap pipi Alisya.
Sentuhan tangan Neal yang dingin itu mengejutkan Alisya.. Seolah-olah..,

"tercalit gris tadi..:" kata Boy menjelaskan kelakuan Neal yang ternyata mengejutkan Alisya.

" Hal tu dah 10 tahun, rasanya tak apa kalau nak diceritakan..." Kata Neal sebelum melangkah keluar dari garaj milik Boy ini.Rupanya dia mendengar perbualan mereka. 
Boy mengangguk. Rasanya tak salah nak diceritakan....betul tak Neal?  bisik hati kecilnya.

Alisya memerhatikan Neal yang melangkah keluar itu. Dia menyentuh pipinya...

Sentuhan itu...

Ia begitu selesa...bisik hati Alisya.
Perlahan-lahan dia mendengar bisikan lembut.



"jangan menangis .. saya ada di sisi awak.. sentiasa"     




previous 

next 


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'