Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 17 Februari 2012

Berikanku jawapan 29


Neal berbaring di bawah pokok sambil memerhatikan langit yang membiru. Kelakuan dua ekor burung merpati meluncur bebas di angkasa menarik perhatiannya.

Beberapa helai daun kering melayang jatuh lembut di atas kepalanya dek saat angin petang bertiup sedikit kencang. Neal hanya membiarkannya sahaja, hanyut dalam alunan piano yang lembut mendayu, bermain di mindanya.

Sambil memejamkan matanya, alunan piano itu semakin jelas, semakin indah, semakin mengusik sayu perasaannya. 10 tahun dia tidak mendengarnya.  Hari ini, entah kenapa alunan itu mengetuk-ngetuk pintu hatinya, menerjah masuk ke tingkap mindanya, bergema terus menerus di gegendang telinganya.  

Perlahan-lahan dia membuka matanya yang terpejam dari tadi.

" Awak nie memang suka pandang langit ke?"

Neal menoleh pada Alisya yang rupanya dari tadi , tanpa disedari, duduk di sisinya. Gadis itu sedang duduk bersila di sebelahnya, sambil dagu mendongak ke atas.

" Eh, ada burunglah! Cantiknya.."  kata Alisya sebaik sahaja dia melihat 2 ekor burung merpati terbang di langit..Rupanya benda itu yang Neal leka perhatikan sejak tadi.
Tiada response dari Neal.

"Saya dah tau pasal hal basikal tu.. ceit, patutlah awak bawak saya naik beskal buruk tu, nak bagi saya ingat ek? .. Kan senang jer kalu cerita awal-awal..." Alisya cuba memulakan perbualan. Di wajahnya terukir kelegaan, satu lagi kisah hidupnya berjaya diperolehnya.
" Boy cerita semuanya?" tanya Neal.
"Em!semuanya!! Tapikan..  awak tau naik beskal tapi tak reti betulkan rantai basikal. .." Alisya cuba mengusik.

"Tu sume kisah lama, kisah lalu. Hanya sebuah cerita, tidak berkaitan dengan masa kini. "
" Tak kisah awk nak cakap apa, tapi bagi saya, ia satu cerita dalam hidup saya. Bermakna bagi saya! " tegas Alisya, walaupun dia tahu Neal tidak peduli langsung tentang keinginannya. Keinginannya untuk mendapat sebuah memori, sebab.... 

"  Hidup tanpa memori,sama seperti hidup tanpa masa depan. Saya  tidak mampu mencorak, merancang  masa depan, dengan masa silam yang hilang. Akan tertanya-tanya samada pilihan saya ini betul, adakah ini yang saya inginkan?? Adakah ini masa depan yang saya impikan? Adakah ini yang saya rancangkan.. ? Dan jika saya abaikan semua was-was ini, terus melangkah ke masa depan, dan saat itu juga,  memori saya kembali... Adakah saya kan gembira? atau sebaliknya.. saat melihat masa depan itu? "


" Awak... betul-betul nak tahu kisah lampau awak? Walaupun, ia mungkin akan melukakan ?"  
Alisya merenung Neal. Memerhatikan wajah lelaki ini yang begitu serius. Perlahan-lahan, dia menganggukkan kepala.

"Ada cerita yang teruk ke tentang saya ke? "
Neal tersenyum lucu dengan pertanyaan Alisya itu, lebih-lebih lagi dengan mimik muka Alisya yang cuak nak mampus. Perbualan yang serius, jadi lucu.
"Hey, kelakar ker?!" Alisya panik.Tidak mengerti dengan body languages lelaki ini.

" Awak tidak akan terluka..Saya janji. "

Alisya tersenyum malu. Mendengar janji itu, hatinya terasa berdebar..
 Mereka kembali menatap langit yang membiru..

" Awak sukakan bunga tulip."




I believe in your promise, it is to give me courages, makes me feel
PRECIOUS


' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'