Dari jauh lagi , Suki dapat lihat seorang lelaki yang berambut panjang sedang bersandar di tembok pintu rumahnya. Asap nipis beralun-alun lembut dari putung rokok yang semakin pendek, di bibirnya.
Cermin mata yang dipakainya kelihatan
bercahaya silau, dek panahan mentari di kala senja.
Dia leka seakan memikirkan
sesuatu.
" Suki!" "panggilnya. Putung rokok dijatuhkan dan bibir itu pantas mengukir senyuman. Tanpa pinta sesiapa, dia mengusap lembut akan kepala Suki.
" Saya merindui awak, Suki."
Pap!!
Spontan tangannya di tepis Suki.
Tindakan Suki itu tidak lagi mengejutkanya, seakan dia tahu reaksi Suki. Matanya merenung lembut pada Suki. Renungan yang terisi dengan kelembutan kasih sayang. Hanya pada Suki.
Tindakan Suki itu tidak lagi mengejutkanya, seakan dia tahu reaksi Suki. Matanya merenung lembut pada Suki. Renungan yang terisi dengan kelembutan kasih sayang. Hanya pada Suki.
Lelaki ini.. lelaki ini..!! kenapa langsung tiada perasaan selain perasaan itu padanya.
Perasaan yang tidak wajar wujud pada dirinya, kerna dia tidak layak untuk memperoleh itu.
Suki getap bibir menahan geram.
" Saya tahu Acey dibunuh ; bukan kemalangan. "
Bibir Love yang senantiasa tersenyum itu, kini tidak lagi tersenyum. Matanya yang sentiasa merenung Suki dengan penuh kasih sayang itu, beralih kearah lain,
Suki sedar.
Walaupun Love tidak menjawab, namun reaksi itu sudah cukup membuktikan bahawaan tekaannya betul.
Walaupun Love tidak menjawab, namun reaksi itu sudah cukup membuktikan bahawaan tekaannya betul.
Lelaki ini menyembunyikan banyak rahsia.
"Awak tahu pembunuhnya??"
Tiada jawapan.
" Jawab saya!"
Suki memegang tangan Love, merenung Love agar lelaki ini menjawab pertanyaannya.
" Adakah ini arahan?"
Entah kenapa saat ini, dirasakan Love ini begitu
asing pada dirinya.
" Ya, ini arahan! "
Bayangan lelaki yang sedang marak dijilati api,
jelas terbayang di mata Suki.
Begitu nyata di depannya. Hatinya tiba-tiba terasa pilu..
" Maaf, soalan awak itu, saya tidak boleh jawab."
Suki getap bibir, menahan geram. Apa maksudnya dia tidak boleh jawab? Adakah ini bermaksud apa yang Ichie beritahu adalah kebenarannya?
" Kenapa? Kenapa awak cakap begitu?"
Diam.
" Awak kata awak cintakan saya. Awak kata awak milik saya. Jadi...jadi kenapa awak menyembunyikan hal ini?"
Selama ini pelbagai cemuhan dihadapinya. Dari satu tempat ke satu tempat. Walau ke mana sahaja dia berpindah, sebaik sahaja mereka mengetahui kisah kebakaran dua tahun lepas, mereka semua akan membuat andaian. Andaian-andaian yang mencederakan hatinya.
Di sebabkan punca kematian Acey dikatakan kemalangan, ramai yang menuduh dirinya sebagai pencetus api malam itu. Bila dia hilang memori dan personalitinya berbeza, ramai menjauhi. Dia dikatakan mengalami masalah psikologi. Cemuhan paling teruk, dialah yang membunuh Acey.
Kerana itu, ibunya mula membenci dirinya. Menuduh dirinya bukan Suki sebenar. Yang lama kelamaan, menyebabkan dia sendiri merasakan yang dirinya bukan Suki. Dan untuk mengelakkan luka di hatinya berdarah kembali, dia menyendiri. Menutup segala ruang perhubungan dengan insan lain. Mengunci hatinya lalu jadi begini.
Jadi, sampai hati.. sampai hati Love tidak memberitahunya. Penjelasan Love pasti kan mengurangi beban di hatinya. Namun... lelaki ini.. lelaki ini membohonginya.
'Saya tidak berniat untuk menyembunyikan hal ini. "
" Jadi, kenapa awak tidak jawab soalan saya?"
" Awak bertanyakan soalan yang salah."
" Jadi, apa soalan yang betul nya?"
Love mengusap rambut Suki.
" Maaf. Saya tidak boleh jawab soalan itu..."
Love melangkah meninggalkan Suki yang tidak mengerti maksud Love.