LOVE. Lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya,
membawa satu macam kemisterian tentang identitinya, tentang kewujudannya.
Satu persatu memorinya bersama Love berulang di fikirannya. Senyuman itu, pandangan itu.. sentuhan itu… Kata-kata itu...
" Sudikah awak membuat 'memori bersama saya hari ini?"
" Awak siapa?"
" Love."
Satu persatu memorinya bersama Love berulang di fikirannya. Senyuman itu, pandangan itu.. sentuhan itu… Kata-kata itu...
Suki membuka matanya. Cinta?? Mencintai aku? Kenapa
lelaki ini begitu mudah mengungkapkan kata-kata itu..? Mengapa mencintai
dirinya yang tidak punya apa-apa, tiada keluarga? Tiada memori? Tiada masa
silam? Sama seperti pasu hiasan yang
cantik, namun kosong . kekal sebagai hiasan.
" Saya cintakan awak Suki…..""Nyawa saya, hati saya, semuanya milik awak Suki."" Saya ingin awak sentiasa tersenyum."
Kata-kata itu, kenapa Love tahu apa yang ingin
dicakapkan? Kata-kata yang menyentuh perasaan, mengetarkan debarannya,. Bersama
love, buatkan dia rasa diingini, disayangi , dihargai. Diriinya yang kosong ini
, dirinya yang terasa begitu sunyi dan keseorangan, dirinya yang terluka…
Love telah menghilangkan segala perasaan itu..
membuatkan dia lebih selesa bernafas di dunia yang begitu asing ini.
Seakan mengetahui hatinya
ingin mendengar perkataan itu… ingin memiliki itu.. ingin dicintai.
" Siapa awak?"" Saya milik awak."
Suki memejamkan matanya. Hatinya gembira dalam
keliru… Kerana dia khuatir , dirinya akan menginginkan semua ini, yang tidak
mungkin jadi miliknya. Selama ini dia tidak menjalinkan apa-apa perhubungan dan memori dengan sesiapa. Dia tiada sahabat, tiada ibu, tiada apa- apa yang boleh mengikat dirinya di dunia ini. Yang boleh
membuatkan dia was-was untuk meninggalkan semua ini. Dia sudah lama bersedia untuk
menunggu kehadiran " Suki' yang sebenar.
Love…
Kini, kenapa hatinya seakan terikat untuk tidak
meninggalkan dunia ini.
Dr. Shinrai menamatkan sessi kaunseling mereka hari ini. Dia meletakkan buku notanya di atas meja., sambil dari tingkap , memerhatikan Suki berjalan pulang.
Sejak dari hari pertama, dia mengenali Suki, dia tahu remaja itu tidak berniat untuk hidup di sini. Remaja itu mengasingkan diri dari semua orang, memendam rasa, menelan perasaan. Remaja itu… walaupun sudah bertahun mereka berkenalan, berjumpa.. dia sentiasa merasakan suatu jurang di antara mereka. Satu perasaan asing..
Namun hari ini, gadis itu dengan senang hati bercerita dengannya, bertanya pendapatnya.. malah menyebut beberapa nama seperti Kasih, Cinta.. Suki sudah mula mengisi ruang hidupnya dengan ceritacerita yang lain, watak-watak laein. Kawan-kawan,.
Dan Dia dapat merasai kekeliruan, kegembiraan, kerisauan bila cerita tentang Love disebutnya. Satu perasaaan yang pelik, berbanding diri Suki yang lepas, yang KOSONG.
Love…
Nampaknya, insan itu satu nama penting dalam hidup Suki, yang mungkin dapat mengubah segalanya.
Dr Shinrai mengemas barangnya, sedia untuk beredar. Dia percaya hari ini menjanjikan sesuatu..