Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 13 Julai 2012

Girlfriend 3


" I tak nak hadiah, I nak you spent time dengan I on my birthday. Tu pun dah cukup."

Dia senyum. Permintaan Bella buat dia gembira. Permintaan yang simple tetapi penuh makna. Jelas bermaksud Bella mencintainya sepenuh hati. Bella cuma inginkan kehadirannya sebagai hadiah. Dia yang mampu membuatkan Bella tersenyum dan gembira seperti ini. 

Tapi, yeker tak nak hadiah? Dia berfikir-fikir dalam fikirannya apa yang hendak diberinya pada Bella.

" Besok pagi-pagi you temankan I jogging tau! Kita jogging sama-sama, lepas tu kita breakfast kat satu kedai jual buah yang I memang selalu singgah. "

" Patutlah tak kurus-kurus, lepas jogging melantak jer ." usiknya. Bella mencubitnya manja

'EE!! jahatlah you ni! Nak kata I gemuklah tu!" Bella mencebik masam.  Wajahnya yang masam itu begitu comel, buatkan dia suka mengusik girlfriendnya ini.

" I love you." katanya sambil menarik hidung Bella, buatkan gadis genit itu menjerit sakit. 


Dia ketawa.
" Ingat tau esok pukul 7 pagi! I nak start my birthday with you!"
" Promise!"

Malam itu, temannya mengajaknya keluar tengok bola, ditolaknya lembut. Tepat pukul 9 malam dia dah siap-siap berada di rumah. Semua membernya memandangnya pelik. Kelakuannya pelik. Selalunya dia tidur lewat, terutama hari minggu. Paling awalpun pukul 12 malam, tapi kali ini pelik bila dia ingin balik awal.

" Besok birthday girlfriend aku." jelasnya simple. Sengihannya melebar. 

Member-membernya mengerti. Faham yang dia akan spent time dengan girlfriendnya on that special day.

Pukul 10, sedang lena dibuai mimpi, dia dikejutkan dengan panggilan dari boss nya. Dia terkejut. Rupanya adalah masalah dengan proposal yang hendak dihantar hari isnin nanti. Tidak pasal-pasal dia dikerah untuk datang ke office tika itu juga.

Rasa menyesal menjawab panggilan telefon itu, jika diabaikan, dia tak perlu tahu masalah ini.  Tak perlu pening-pening kepala tentang ini. Apa nak dibuat, dia jenis yang cepat tersedar walaupun telefonnya berdering dalam mode getaran sekali pun.

Dia tekad menyiapkan proposal yang bermasalah itu malam ini- Sebelum esok! -Sebab esok dia akan spent time dengan girlfriendnya.Banyak yang ingin dibuatnya bersama Bella. Dia ingin menjadikan birthday Bella adalah birthday yang akan diingatinya selamanya. 

" Hello!"
 " You dah bangun lum? "

Dia memandang jam di dinding yang menunjukkan pukul 6.30 pagi. Hanya  1 jam sahaja dia sempat lena selepas pulang ke rumah pukul 5.30 tadi.  Namun,  dia menyedapkan hatinya bahawa semua itu berbaloi sebab proposalnya siap on time, lalu dia sempat untuk teman girlfriendnya  

" Em.. nak mandilah nih."
" K, i tunggu tau." 

Rrr... Rrr... Rrr...
" Hello!?!! You kat mane! I dah tunggu lama dah ni!" 

Matanya menjeling pada jam di dinding. Ya Allah, sudah pukul 8 pagi. Dia lewat dan dirinya masih belum bersiap. Dia langsung tidak menyedarinya. Dia tertidur. Tertidur di sofa, di pertengahan jalan ke bilik air.

" Sorry dear, I tertidur lah. On the way, I ingatkan I dah mandi tadi, tertidur kat sofa.. semalam I..."
" Apa ni!You tau tak berapa lama I dah tunggu !? You sengaja buat I camni! Cam bodoh jer tunggu sorang-sorang kat sini!" berang suara Bella di gagang telefon. Membebel tanpa sempat dia memberi penjelasan.

Dia tahu girlfriend nya sangat marah, terutama hari ini hari jadi Bella. Dia sendiri tidak menyangka yang dia letih sangat sampai tertidur.

" Sorry, I letih sangat. Jap lagi I sampai.."pujuknya.
" Letih! Letih! Apa yang letihnya!? Kalau dengan kawan-kawan you, takde pun letih pun.. You memang tak sayang kat I! You buat I cam tunggul je kat sini! You tak tahu betapa excitednya I nak spent today ngan you. Skrang tak sempat dah! You spoil the mood! Spoil jer! "

Dia membisu. Dia tahu dirinya bersalah. Dia juga excited untuk hari ini. Dia juga sedaya upaya untuk jadikan hari ini hari istimewa untuk Bella. Entah kenapa dia boleh tertidur, terlupa janjinya. Menyalahkan keletihannya, menyalahkan kerjanya? Dia buntu..

"Semalam I kerja lewat .. ada..."
" You memang tak sayang kat I! Kite break up jer ler camni!Bye!"

Penjelasannya sia-sia. Bella yang marah tidak akan mendengar penjelasannya. 


Panggilan sudahpun ditamatkan, dan dia bergegas bersiap dan menuju ke rumah Bella. 


Saat Berjumpa Bella berdepan, dia berjaya memujuk Bella, membawa Bella ke beberapa buah tasik, bersama Bella berjalan-jalan di taman, bergurau senda dengan Bella.


Walaupun setelah memberi penjelasan pada Bella dan Bella mengangguk memahaminya, namun wajah girlfriendnya masih berduka. Cuma tersenyum kelat. 


Dia tahu dirinya bersalah. Dia tahu kecuaianya membuatkan semuanya musnah. Dia cuba memberi yang terbaik untuk Bella. 

XOXO


Rrr... Rrr... Rrr....

Johan hanya merenung Iphone 4 warna putih yang terus menerus berdering di meja katilnya.

                                     Rrr... Rrr... RRr...





    












' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'