Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Rabu, 11 Julai 2012

Girlfriend 2



Bella menjentik lembut gelas kaca yang terbaring  di depannya. Gelas itu berguling lembut bersama bunyi kaca berlaga, effect dari getaran dengan meja yang diperbuat dari kaca ini. Ia berhenti di bucu meja, hampir-hampir terjatuh.

Bella mengambil botol berisi wain merah , diteguknya namun tiada lagi air wain yang keluar. Menyedari perbuatannya yang sia-sia, dia meletakkan kembali botol wain itu bersama longgokon botol-botol wain kosong yang hampir 10 botol kesemuanya. Dia mabuk.

Dalam terhuyung hayang dia bangun dari duduknya, berjalan ke sofa baldunya dan merebahkan tubuhnya yang lesu itu..

Kcangg!!

Gelas kaca yang hampir-hampir terjatuh tadi akhirnya  berderai saat dia beredar dari meja yang penuh wain itu.

Bella abaikan.

Dia memejamkan matanya sambil tangan kirinya direbahkan di dahinya yang berdenyut-denyut , kesan air syaitan yang diteguknya. Maskaranya comot dan meninggalkan kesan hitam di keliling matanya akibat tenyehan berulang kali yang dilakukannya.. Pipinya yang gebu mulus pula  kotor dengan baki maskara hitam yang  memanjang ke bibir,  Kesan dari aliran air matanya yang berjuraian.


XOXO

" You dengar ni betul-betul. I dah fikir panjang-panjang. I selalu anggap you adalah HERO I, so if I ada problems I selalu nak You rescue I. That is my dream. My mindset.  Bagi I, boyfriend I adalah price charming I, I pula princess tu. So, sekarang ni you selalu mengecewakan I, banyak alasan yang you bagi bila I minta tolong you. I tau you sangat busy lately, i understand.. tapi i rasa marah sebab you selalu ignore I sekarang ini.. so, I nak kita break up sementara .."

" Benda ni lagi. Apa ni? You tahu tak apa yang you cakap ni?  Dah fikir panjang-panjang ni? Cakap melalut lah.."

" Eii! You dengar lah dulu I nak cakap apa. I tak abis cakap lagi .."

" Suka hati you lah you nak buat apa kan? You dah fikir panjang-panjang kan? Suka hatilah."

Nada sindirin itu membangkitkan kemarahannya. Jawapan dan reaksi dia  itu seperti lewa .Seolah menganggap apa yang diucapkannya ini adalah perkara tidak penting. Mencabar egonya.

"Ok! Fine! "

" Ok"

Click...
                                                              Telefon dihempas tutup.

XOXO


Bella merenung Iphone 4 warna putih yang terletak di atas meja di sisi  sofanya.








' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'