Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Ahad, 15 Julai 2012

Girlfriend 4

"

 Kita break up jer! "
" Kita putus!"
" K lar, I faham you dah taknak kat I lagi kan.. You nak buang I kan? Yerlah, I takkan ganggu You lagi."
" We are sooooooooo over!"

Entah dah berapa kali kata-kata break up itu diucapnya. Dia sendiri tidak sedar. Ia terlepas sendiri di mulutnya. 

Dia tahu dia menyakitkan hati Johan setiap kali dia cakap begitu. Dia sedar itu bila melihat wajah Johan akan berubah setiap kali dia cakap begitu.

Dan Johan akan memujuknya kembali. Kemudian dia akan tarik balik apa yang dicakapnya. Dia akan gembira kembali, kerana dia tahu Johan mencintainya.  Johan sangat mencintainya sebab itu Johan tidak akan melepaskannya.  Ia seakan jaminan yang membuatkan dia rasa selamat. 


Pelik tapi itu yang dirasainya. Dia rasa selamat dicintai seperti ini. Kerana, baginya  bila Johan melepaskannya dia tahu Johan tidak lagi mencintainya. Jadi tanpa sedar, dia menguji Johan, menguji cinta Johan terhadapnya. 

" You tahu tak setiap kali you cakap break up, I betul-betul rasa sedih sangat. Senang-senang jer you nak break up, macamlah hubungan kita tak serius. boleh lak putus-putus bila-bila. "
"Sorry.."
" I tahu I banyak buat salah dengan you. I tak dapat puaskan hati you..I buat you marah, melenting. Tapi takkan sebabkan itu you nak buang suma hubungan kita setahun nih dengan break up camtu jer. Semua cinta kita? You terfikirkan ke tidak? "
" Sorry..."
" Tak, I yang minta maaf. You tak salah, I faham you punya perangai, cepat panas, cepat ikut perasaan.. bertindak melulu. Kalau I tak faham, camne I boleh tahan dengan semua ini." pujuk Johan saat melihat Bella bergenang air mata.
" You marah kat I ke? You benci kat  I ke?"
" I tak pernah marah kat you. I selalu mencintai you. "

Dia senyum. Dia rasa tenang mendengar kata-kata itu. Dia sedar setiap kali dia marah, dia akan mintak break up.  Tapi dia tidak pernah berniat begitu. Dia cuma rasa puas bila dapat meluahkan perasaannnya secara begitu. 

Bukan niat dia melukakan hati Johan, tapi hanya dengan cara itu dia dapat memastikan Johan menumpukan perhatiannya pada dirinya. 


Dia cuma ingin diberi perhatian sepenuhnya seperti seorang puteri.


Dia cuma ingin sentiasa dirasai dicintai, diingini, disayangi Johan.


Dia cuma ingin memastikan hati Johan miliknya. 


Dia cuma ingin rasa selamat dicintai Johan

Kerana dia begitu mencintai Johan.

" Sorry...I love you." 
" I love you more.." 






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'