Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 17 Julai 2012

Girlfriend 5



Dia tidak mengerti apa yang Bella mahukan sebenarnya. Apa yang dibuatnya seakan tidak sempurna di mata Bella. Semuanya serba tidak kena. Dia cuba menjaga hati Bella, dia cuba menyempurnakan keinginan Bella. Segalanya.

Bella sukakan surprise. Dia pernah datang mengejut ke office Bella, bersama bunga dan coklat. Malah dia pernah kata dia terpaksa outstation sebaliknya dia tiba-tiba muncul di rumah Bella. Setiap saat, dia asyik memikirkan sesuatu yang lari dari kebiasaan, yang boleh dijadikan surprise pada Bella.

Bella sering berminat dengan sesuatu yang dinampaknya kali pertama. Sering over-react pada benda-benda kecik. Bella suka bercakap banyak benda, dan tidak satu pun pernah dia lupakan. Dia ingat tarikh hari pertama mereka berjumpa, tarikh mereka bercinta, date-date mereka, malah dia boleh ulang kembali semuanya tanpa silap. Dia ingat makanan kegemaran Bella, minuman kegemaran Bella, warna, baju segalanya dengan hanya sekali Bella sebutkan. Begitu dia menghargai Bella.

Kerana Bella begitu penting baginya. Dia tidak mahu melukakan hati Bella. Dia cuma ingin Bella gembira. Itu janjinya bila dia mencintai Bella. Dia mahu menjaga Bella, melayan karenah manja Bella. Menjadi segalanya untuk Bella.

Dari hari pertama, dia bertemu Bella, hatinya tahu gadis ini mempunyai banyak kekurangan, namun kekurangan itulah yang menambat hatinya. Dia suka melihat keletah Bella yang riang tanpa masalah.


Walaupun Bella jenis yang manja, jenis yang mahu dilayani sebagai puteri. Walaupun Bella seolah-olah tidak independent, tetapi  yang penting Bella tidak pernah menjadi orang lain. Bella adalah dirinya sendiri, tidak berpura-pura. Bella sempurna dalam kekurangan. Sebab itu dia semakin mencintai Bella. Dia tak mahu Bella mengatasi  kekurangannya  itu, kerana dia mencintai Bella disebabkan itu.


Pelik, tetapi itu yang dirasanya. Kekurangan Bella itu membuatkan dirinya terasa diperlukan. Buatkan dia rasa sempurna di mata Bella. Dan dia akan menjadi yang terbaik untuk Bella. Dia berusaha untuk itu. 

Bella marah bila dia lebih suka main snukar setiap hujung minggu. dia kurangkan demi Bella.

Bella marah bila dia lambat di temujanji mereka, dia sentiasa cuba datang awal. Dia pernah tunggu sejam untuk Bella,

Dia tidak pernah marah Bella. Walau banyak kekurangan mana Bella, dia tidak makan hati. Dia memahami Bella.

Break up! Break up! Putus!!

Ulang-ulang dia memujuk Bella. Dia tahu Bella tak bermaksud itu. Bella cuma sedang marah..Bella mencintainya. Dia fikir begitu..

Namun..

" Bella, I tahu you tak bermaksud apa-apa bila you mention break up sume.. I faham sangat perangai you. Tapi tahap kesabaran I pun adanya, .."
" Maksudnya you dah tak sayang kat I dah ke? Bila I buat camtu?"
" Tak.. I sayangkan you.. I nak kahwin ngan you. I nak you jadi wife I, jadi ibu pada bakal anak-anak kita nanti..I dah plan our future in my mind.. that's how much i love you."
" You tau kan, I tak bermaksud nak break up bila I break up.. I sayangkan you sangat-sangat tau."
" Ye.. .. cuma.."
" You kan dah janji yang you sayangkan I, you takkan tinggalkan, even banyak mane pun I minta break up... you takkan lepaskan I...You akan jaga I.."

Dia senyum.  Ya, dia tahu Bella tidak sempurna, Bella sentiasa mengujinya, membuat hatinya menjerit tidak mengerti perasaan Bella yang tidak stabil ini. Bella buatkan dia marah,kejap gembira..

Namun hanya Bella yang mampu membuatnya rasa begitu. Perasaan tidak mengerti pasal Bella itu yang mengujanya; yang menarik perhatian. Keistimewaan Bella itu yang membuatkan dia hari demi hari jatuh cinta dengan Bella. Semacam gila. Cinta ini..

Cuma..

Perkataan Break up yang selalu diucapkan itu, buatkan hatinya terasa yang sebanyak mana usahanya,  dirinya tidak dapat  sempurna di mata Bella.

Keyakinannya meruntuh bila memikirkan yang dia GAGAL menjadi teman lelaki yang baik untuk girlfriend nya ini.. Jika betul,  maka Bella tidak lagi  gembira bersamanya. Sebab itu Bella tidak sudah-sudah memaksanya untuk memutuskan hubungan mereka?Meminta untuk break up?

Dia tidak mahu berfikir begini- Dia tidak mahu tidak mengerti seperti ini!!.

Dia tidak mahu fikiran dan persoalan ini  mengambil alih cintanya!

Persoalan yang ....
" Mungkinkah Bella tidak lagi  mencintainya?" 





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'