Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Isnin, 23 Julai 2012

Girlfriend 7




"....... so I nak kita break up sementara.." 


Break up! Break up! Akhirnya dia akur. Dia dah tak larat mendengar perkataan itu. Dia letih mengejar Bella dan permainannya..

Fikirannya rasa kosong. Seterusnya,  dia tidak ingat apa yang berlaku.

Yang diingatnya, dia cuma meluahkan  rasa pasrahnya dengan kehendak Bella.

Saat itu, dia marah.

Dia letih.

Rimas

Lalu bersetuju dengan apa permintaan Bella.


Untuk pertama kali dia berhenti mengejar Bella dan saat tersedar, semuanya sudah pun  berlalu. 

Dia sudah melukakan hati Bella, sudah mengecewakan Bella.  Dia tidak mengotakan janjinya pada Bella.

Dia telah melepaskan Bella..

Penyesalan...

Dia sudah pun mengatakan kata-kata itu..

Kesedihan..

Dia sudah pun berhenti mencuba.




Ya, hatinya masih mencintai Bella... 
Sangat mencintai Bella.. 


Tetapi bersama dengan Bella, dia kekadang ingin menjerit. 

Bersama Bella, dia kekadang rasa indahnya cinta..

Bersama Bella,

Dia betul-betul 'gila'.

Sebulan, dia berusaha dengan payah untuk  melupakan Bella. Dia tahu Bella pun akan melakukan benda yang sama.. Melupakannya..

Tetapi hatinya merintih rindu bila telefonnya berdering nombor, bilamana  pemanggilnya adalah Bella. 

Hatinya masih milik Bella.

Namun dirinya keliru. Samada ingin menjawabnya atau tidak.

Cinta mereka bukankah sudah berakhir? Seperti apa yang Bella mahukan?

Telefon iphone putih yang sama dengan Bella, yang dari tadi asyik berdering, direnungnya.

Dia tahu, jika dia mengangkatnya, dia cuma memberi harapan palsu pada Bella.

Dia tidak mahu melukakan hati Bella lagi.

Kerana Bella segalanya baginya.

Telefon dicapainya.







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'