Bella gembira bila panggilannya akhirnya dijawab.Tidak sia-sia usahanya.
" Maaf, saya tak sepatutnya telefon awak lewat begini. Maaf, sebab kejutkan awak.. "
Bella memulakan perbualan. Bella baru sedar yang jam di dinding sudah lewat pukul 4.30 pagi. Johan mungkin sedang tidur. Sebab itu panggilannya sebelum ini tidak dijawab.
Hati Bella rasa lega .
Bila Johan mengangkat telefon ini, bermaksud Johan memberinya peluang. Johan tidak membencinya. Johan masih mencintainya. Johan tidak membuangnya sepenuhnya perasaan dan kenangan mereka selama ini. Johan masih bersedia untuk berbaik semula.
Peluang ini akan digunakannya untuk menjelaskan segalanya pada Johan. Dia akan menggunakan sepenuhnya peluang ini. Sekurang-kurangnya selepas penjelasan ini, Johan akan memaafkannya. Johan akan faham. Dan mereka akan berbaik semula, seperti selalu. Sebab...
Johan mencintainya. Dan dia juga mencintai Johan. Itu sudah cukup.
" Saya tahu saya tak layak telefon awak memandangkan kita dah takde apa-apa lagi tapi saya ingin mendengar suara awak."
Dia betul-betul merindui Johan. Dia akan berterus terang dengan Johan tentang perasaannya yang sebenar-benarnya . Dia ingin berbaik dengan Johan. Selama ini, walau sebesar mana kesalahannya Johan akan memaafkannya. Johan sentiasa begitu. Dan dia semakin mencintai Johan di sebabkan itu.
" Saya tahu permintaan ini tak patut tapi, boleh tak awak temankan saya berbual di telefon sekejap? Sekejap je.. Saya rindukan awak."
Sebak hati Bella. Dia rasa ingin menangis. Akhirnya dia dapat meluahkan perasaan ini pada Johan. Johan tidak pernah melepaskannya, dan dia akan lakukan benda yang sama pada Johan. Dia tidak sanggu melepaskan Johan. Biarlah kali ini, dia yang menjaga hubungan ini.
" Johan, saya minta ma.."
" I'm with my girlfriend right now.. "
Tak mungkin! Tipu!! tetapi itu suara Johan. Suara yang tenang dan lembut itu, ia milik Johan. Suara yang dia rindu selama ini, yang ingin didengarnya, yang dimimpinya setiap saat. Itu memang suara Johan dan suara itu juga tidak bernada gurauan. Ia tenang dan bersahaja, menghancurkan semua harapan Bella yang tadinya mengunung tinggi.
" I'm with my girlfriend right now.."
Kenyataan itu menghentak kejam pintu hati Bella yang sedia remuk.
Membuka matanya...
Mengingatkannya ..
Yang hakikatnya..dia bukan lagi girlfriend Johan.
Ttt... Tttit,,,, ttitt....