Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Selasa, 1 Januari 2013

Berikan Kujawapan 34




Alisya memerhatikan sahaja setiap gerak geri Neal. Terasa dirinya seperti terawang-awang dan hanyut dalam mimpi. Walaupun dia lihat Neal sedang bercakap potpetpotpet menerangkan tempat-tempat dan kisah kanak-kanak mereka, dia seakan tidak mendengar suara Neal itu. 

Imej didepannya ini,  Neal di depannya ini, seperti video tanpa suara yang bergerak dalam slow motion, dan focus utama video ini seolah-olah hanya untuk Neal. Dari sini, Neal kelihatan begitu bersinar . Mata Alisya hanya tertumpu pada  bibir Neal, senyuman Neal yang manis itu, rambut Neal yang hitam sama seperti matanya yang tajam. Tubuhnya yang tinggi .. kacaknya Neal ni..
Dia rasa macam bermimpi je sekarang ini.

" Haihh.." Alisya mengeluh. Dia langsung tak dapat tumpukan perhatian sekarang. Tak tahu sejak bila dia jadi macam ni. Sejak bunga tulip tu kah? Atau sejak perubahan layanan Neal padanya kah? Dia sendiri tak ingat.

Dan dia juga tidak tahu sejak bila, hatinya girang dan teruja untuk bertemu Neal berbanding mencari kenangan lamanya.

" Kenapa?" tegur Neal, bila menyedari yang Alisya seakan berkhayal.
"  Err.. takde apa-apa."
" Awak letih ke? Nak balik ke? "
" Eh!! Tak nak!!.. Tak,.. maksud saya..  belum petang lagi ni? Cepatnya nak balik. "  jawab Alisya pantas, tidak mahu mengakhiri pertemuan dan aktiviti mereka hari ini.
" Dah petang lah. Dah pukul 5 pun.."

Alisya merenung jam di tangan.  Memang betul, dah pukul 5 lebih dah. Dia langsung tidak sedar masa sudah jauh berlalu. Sejak pagi lagi mereka  sudah berjalan ke banyak tempat. Sudah cukup bertemu ramai orang yang mengenali Alisya dan Neal ketika kecil. Jadi, padanlah Neal rasa sampai sini sahaja aktiviti mereka hari ini.  

" Em.. camtu, oklah. Kita balik jer." Beratnya hati Alisya untuk memberikan persetujuan itu. Tapi dia pasrah, sudah tidak tahu bagaimana lagi hendak memanjangkan lagi waktu bersama Neal ini. Wajahnya mencuka sahaja sambil mengekori Neal yang kini sedang berjalan pulang.

Langkahnya mati bila terasa basah di pipi kanannya. Di lapnya dengan tangan kanannya, kemudian dia terasa lagi basah di dahi, diikuti kepala. Pantas Alisya memandang ke langit yang rupanya menitiskan air hujan.



" Hujan .."

Neal juga mendongak ke atas bila mendengar kata-kata Alisa itu. Titisan hujan semakin lebat.  Tanpa lengah, Neal menanggalkan jaket jeans yang dipakainya, lalu dipakaikan ke atas kepala  Alisya.  Terpinga-pinga Alisya dek kelakuan Neal itu.

" Jom!Tak salah saya ada kedai kopi di depan! "  Neal memegang tangan Alisya, dan memimpin Alisya menuju ke tempat yang di maksudkannya. Rasa gementar mengacau jiwa Alisya saat jemari mereka bersentuhan. 

" Awak kene hujan tak?" tanya Neal sebaik sahaja mereka sampai ke destinasi. Neal, dia langsung tidak menyedari yang dirinya sendiri yang basah dek meredah hujan .  Alisya geleng-geleng kepala. Ya, dia tak basah langsung disebabkan jaket Neal itu.

" Terima kasih." kata Alisya. Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari pegangan Neal, cuba melawan debaran hatinya semakin kuat. Jaket Neal dikembalikan. 

Mereka masuk ke dalam. Hanya ada tiga orang pelanggan sahaja ketika ini, lalu perlahan-lahan mereka menuju ke meja yang terletak di sudut agak jauh, berdekatan dengan tingkap. 

"Awak tunggu sekejap yer, saya pergi order. ."  Neal meninggalkan Alisya. Di luar hujan semakin lebat. Sambil memerhatikan titisan hujan di luar,  Alisya teringat banyak benda. Benda-benda yang berkaitan dengan Neal.

Ya, sejak akhir-akhir ini, bila dirinya bersendirian, dia selalu mengenangkan semua memorinya bersama Neal. Dan termasuklah hal pagi tadi yang masih segar di benak  fikirannya..

Pagi tadi, seperti ada sesuatu yang menariknya, dia terjaga dari tidur dan terus terasa untuk membuka pintu depan. Dan tidak tersangka , sebaik sahaja pintu dibuka, Neal sedang berdiri di depan rumahnya. Neal kelihatan serabut, tetapi saat mata mereka bertentangan, Alisya dapat rasakan Neal seperti terasa lega melihat dirinya. Seolah-olah dia sememangnya sedang menantikan Alisya.  Buat seketika mereka saling memandang dalam kebisuan.

 " Em.. masuklah." Pelawa Alisya dan Neal menurut dalam diam. 

Mereka terus ke ruang tamu, duduk mengadap satu sama lain dan suasana sunyi antara mereka kembali mengambil alih. Serba salah, Alisya merasakan dirinya yang selalunya banyak berceloteh di depan Neal, tetiba menjadi seorang yang bisu dengan kata-kata dan ketandusan idea. Mek Jah  pula hari ini pula pulang ke rumah cucunya, untuk dua hari. 

"  Awak nak air apa-apa tak? Saya buatkan.." kata Alisya cuba mengurangkan rasa kekok antara mereka. Alisya menjeling pada jam dinding klasik yang terletak di tengah ruang tamu. 4.30 pagi, tidak salah lagi. Apa sebab Neal datang seawal ini?

" I had a bad dream........again."

Alisya tidak mengerti maksud Neal itu, namun  apabila perasan kerisauan yang terlukis di wajah Neal, Alisya tidak ingin menyoal. Dia membisu kan diri, bersedia menjadi seorang pendengar- sekiranya itulah yang Neal inginkan.

Perlahan-lahan Neal mendekati Alisya dan tanpa meminta izin, dia duduk di sisi Alisya dan merebahkan kepalanya ke bahu Alisya. Neal memejamkan matanya.

" I want to see you.." kata Neal dalam bisikan yang perlahan.

Alisya tergamam. Tidak pasti antara percaya tak percaya. Antara dengar tak dengar. Alisya memandang Neal yang sedang lena di bahunya. 




"last night, you are so into it, 
you told me secret that you never told a soul.
you were so nervous yet, so beautiful...
so innocent"










' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'