Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 3 Januari 2013

Berikan kujawapan 35




" Miow-miow…"  mendayu-dayu suara anak kucing bewarna coklat keperangan itu .Anak kucing yang kehilangan ibu itu, kelihatan kelaparan dan kesejukan. Matanya yang bulat jernih yang masih bewarna biru merenung Alisya.  Serta-merta rasa simpati membuak-buak di hati Alisya.  Diusapnya bulu kasar dan kesat anak kucing malang itu.

" Alisya!!" 

Dari kejauhan kedengaran namanya dipanggil kuat. Budak lelaki berusia 12 tahun itu berlari-lari ke arah Alisya. Di  tangannya terdapat ikan goreng. Sebaik sahaja sampai di tempat meraka, dia meletakkan ikan goreng yang diambilnya secara sembunyi dari dapur rumahnya.

" Siannya… macam mana ni, Neal..?" Alisya memerhatikan anak kucing yang makan dengan lahap ikan goreng pemberian Neal sambil Neal duduk mencangkung di sisinya. " Takkan kita nak tinggalkan dia kat sini lagi?" sambung Alisya lagi.

Neal merenung Alisya yang risau  terhadap keselamatan anak kucing ini. Dia tahu Alisya memang sangat sukakan kucing. Teta pi malangnya, ibu  Alisya tidak membenarkan dia membela apa jua jenis binatang. Sebab itu, mereka menyembunyikan anak kucing itu di belakang sekolah rendah mereka.

Dan kini sudah genap 4 hari , mereka secara sembunyi-sembunyi menjaga kucing ini. Namun, disebabkan hujan yang berturut-turut, anak kucing itu sering terkena hujan dan kesejukan. Ini menambahkan lagi rasa kesian dan risau di hati Alisya yang penyayang.

" Siannya dia.. "  Air mata Alisya menitis, memikirkan nasib anak kucing yang comel ini. Di pangkunya anak kucing itu. Diusapnya dengan penuh kasih sayang. Melihat wajah sedih Alisya, Neal rasa serba salah. Dia tidak  suka melihat Alisya bersedih begini. Tapi..

" Biar saya yang bawa balik ke rumah!"

Alisya memandang Neal tidak percaya.

" Betul ke?"
" Betul! "

Alisya senyum. Air mata dikesatnya dengan lengan baju.

"  Betul ke?"  Alisya masih tidak percaya.
" Betul lah! Sumpah!" tegas Neal beriya-iya pada budak perempuan berusia 10 tahun ini.
" Terima kasih Neal! Nanti kita jaga sama-sama yer?" janji Alisya pula. Neal menangguk setuju.
" Kita kene bagi nama kat dia.."

" Meooowww!!!…"

Khayalan Alisya terganggu. Kucing gemuk  warna coklat keperangan yang agak berusia tetapi masih comel miliknya, berlegar-legar di depan mukanya. Entah bila ia naik ke meja. 

Alisya mendukung ia dan membawa bersama ke katil. Dibeleknya kolar kucing kesayangannya itu.

" NEyAL"

Alisya membelai NEyAL. Rupanya selama ini memori bersama Neal sentiasa di sisinya.  







' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'