Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Jumaat, 11 Januari 2013

Berikan Kujawapan 37



Dari bawah, Alisya dapat lihat kaki Kenny yang terjuntai, duduk di atas pokok. Di tangan Kenny terdapat ukulele yang dimainkannya perlahan-lahan.

" Khairul!" panggil Alisya. 
Dia terus memanjat naik untuk duduk di sebelah Kenny.
" Please lah, don't call me khairul.. hilang imej I, takde khairu kat sini…" kata Kenny sebaik sahaja Alisya bersantai di sebelahnya. Dia memerhatikan kaki Alisya yang terjulur pendek berbanding kakinya.
" Ala, apa salahnya. Bukan nama orang lain pun. Nama awak juga..  Apa awak buat kat sini yer?"
" Berfikir.."
" Fikir apa?"
" Lots of things.."
" What thing?"
" Awak ni banyak tanya kan?" 

 Alisya sengih seperti kera sumbang. 

" Kenapa tak boleh ke?"
"Boleehhhhh intan payung... ." usik Kenny. 
" Jadi apa yang awak fikirkan sampai nak kena bergayut di sini?"

Kenny membisu. Dia tidak tahu samada patut dikongsikan apa yang berada di benak fikirannya pada Alisya, kerana terang-terang apa yang tersembunyi di fikirannya adalah tentang Neal. Dalam minggu ini sahaja, sudah bermalam-malam dia terjaga disebabkan mimpi ngeri Neal. Mendengar jeritan Neal dan melihat ketakutan di wajah pucat lesi Neal, hatinya rasa tidak tenteram. Walau banyak kali diluahkan pada Neal, Neal menafikannya malah menyuruh dia agar tidak bimbang.

Tapi, keadaan dilihatnya semakin teruk, mimpi ngeri Neal tidak berakhir. Dia sudah tidak larat hanya  menjadi pemerhati.  Dia dah tak tahan lagi melihat keadaan Neal itu, dan meronta-ronta ingin mendapatkan jawapannya.

Neal merenung Alisya. Ya, perubahan ni bermula sejak hubungan Neal dan Alisya jadi lebih baik. Apa yang berlaku? Alisya tahu kah pasal semua ini? Tapi melihat reaksi Alisya, dia tak rasa Alisya tahu.  Jadi dari mana dia ingin mulakan bicara ini? Apa sebenarnya yang ingin dia tahu?

" Alisya, siapa awak?"

Terkejut betul Alisya bila tiba-tiba Kenny kelihatan serius.

" Saya Alisya lah. Apa maksud awak 'siapa' saya?"
" Tak.. maksud saya.. selain saya tahu yang awak Alisya dan awak tiada memori, saya tidak tahu perkara lain tentang awak."
" Awak ni kelakar lah. Dah tentu-tentu saya tak boleh menjawab soalan awak tu sebab saya pun tak tahu anything about myself."
" Bukan itu maksud saya!  I means… Alisya who are you actually? Dari apa yang saya dengar, tiada satu pun cerita tentang awak semasa dewasa. Semuanya hanya ingat awak semasa awak kecil. Tiada sesiapapun mention anything after that, seolah-olah memori awak selepas itu tidak wujud atau awak tiada di kampung ini. Apa yang terjadi? Awak ke mana?  Dan jika sebelum ini awak tiada di sini, then how you get back here? What happened that make you lose your memory? Don't you remember anything?"
" Saya tak tahu..."
" Tak kan awak tak ingat? What happened? Takkan awak tak teringin nak tahu apa awak buat sebelum awak hilang ingatan? Ketika sekolah menengah, kolej after that?  Banyak benda, takkan tak.."
"Stop it!!!" marah Alisya.
"Mengapa awak cuma berminat untuk mencari memori awak tentang Neal?  Why Neal? "
"Diam! Diam! Diam!!!"  jerit Alisya

Dan dalam sekelip mata, tubuh Alisya jatuh ke bawah, betul-betul di depan mata Kenny yang terkaku melihatnya.






' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'