Serpihan-Serpihan Cinta

...
SERPIHAN CINTA

Khamis, 10 Januari 2013

Lelaki itu End




Razi  hanya mampu memandang Mia yang sedang menangis.. Rasanya ini dah masuk kali ke berapa entah dia berada di sisi Mia, tidak terkira lagi dah. Hari demi hari dia cuma melihat Mia menangis membawa diri diperlakukan seperti itu oleh lelaki itu.

Dulu dia pernah khabarkan yang lelaki itu bukannya pilihan yang baik untuk Mia.  Mia abaikan.
Razi berulang kali memberitahu yang lelaki itu  cuma mempermainkan Mia. Mia naik marah padanya.

Kini, dia tidak ingin lagi mengulangi  ingatan-ingatan yang sama pada Mia.

“ Putuskan hubungan kau dengan dia..”
“ Razi!! “ Mia terkejut dengan suggestion Razi itu.
“ Berapa lama lagi kau nak bertahan dan menangis sia-sia seperti ini? “

Mia membisu. Tidak memberi jawapan. Mata yang merah dan sembam itu merenung lantai yang kosong. B


“ Kalau kau rasa aku ini membebankan, fine! Aku tak perlukan kau pujuk aku or be there whenever I need you.. !!”

Kecewanya hati Razi diherdik begitu. Kenapa mesti  wujud butir-butir kemarahan dalam setiap kata-kata Mia padanya?

“ I hate it when you don’t understand me...seperti kau tidak faham betapa aku rasa seperti mau mati setiap kali air mata kau jatuh berguguran disebabkan lelaki itu. Kau tidak faham betapa aku bencikan diri ini yang cuma mampu menanti dan memerhati kau. Sementara lelaki itu  , hari demi hari tidak mencintai kau?”
“ Mia, dia tidak mencintai kau! Dia tidak pernah mencintai kau seperti aku..  “

Razi merenung Mia. Lalu di mata kirinya mengalir air mata yang penuh dengan kekecewaan dan kesedihan. 

“ Apa yang dia ada, tetapi tidak aku?"
" Why can’t I have you? I love you all this time..” 
 luah Razi sayu. Perasaan yang dipendamnya ini begitu sukar untuk diluahkan kerana …

Pap!

Pipi kiri Razi ditampar Mia.

“ Pergi! Aku tak nak jumpa kau lagi!”…

Jawapan itu sudah Razi jangka . Selama ini dia menyimpan segala perasaannya pada teman baik, teman sejak kecilnya ini, kerana dia  tahu semuanya akan berakhir saat perasaan ini diketahui Mia

Mia tidak pernah menganggapnya lebih dari itu. Bagi Mia dia cuma seorang teman, tidak lebih dari itu. Dan bila dia cuba lebih dari itu, Mia akan membencinya kerana merasakan dirinya ditipu/ digunakan sepanjang persahabatan mereka. Dia tahu semua itu. Dia masak benar dengan perangai Mia. Lebih arif tentang Mia dari diri Mia sendiri. Begitulah mendalamnya perasaan pada Mia. Sayangnya, Mia tidak merasainya. 

Sebab itu selama ini dia  mendiamkan diri. Mengunci perasaan ini di hati. Dia tahu dia akan kehilangan Mia bila semuanya diketahui. 

Tapi dia tidak menyangka yang hari itu akan hadir juga.. Penamat dirinya disisi Mia berubah hari ini.. noktah yang berakhir saat kehilangan Mia.

 “ I beg you to break up..”
“ Stop it, just go!”
“ Like I say.. I hate when you don’t understand me..”

Razi keluar meredah hujan yang turun. 

XOXOXO


Bahu mereka berlaga.

“ Sorry, sorry.. ..” kata lelaki itu sambil mengangkat tangannya dan menunduk-nunduk kepalanya tanda maaf. Mengakui kesilapannya yang leka tidak memerhatikan sekeliling lalu terlanggar dia. Gadis yang dirangkul pinggan erat itu memandangnya.

 “ It’s ok.”  Jawab Mia.

Matanya berkaca-kaca, kecewa melihat yang lelaki itu adalah tunangnya sendiri. 





' " If there's a book you really want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it " ~Toni Morrison'